Pages

Tuesday, 12 November 2013

Cinch Energy Tea Mix

Bismillah.. Assalamualaikum WBT

Dek semalam dikejutkan anak bongsu kerana batuk, Hari ni mengantuk yang terlampau. Haaa pagi tadi dah ambil B.complek & vita-lea, huhu tak lut jugak ngantok nya. Apa lagi tambah lagi ambik cinch tea pulak ni. Kalau yang ni tak hilang jugak ngantoknya. Jawapan terakhir adalah TIDUR!! hahaha.. Apa boleh buat MENGANTOK dah menguasai diri. Suplemen dah tak kebal lagi dah ni. Okay hari nak cerita CINCH ENERGY TEA MIX.

Sebelum ni pernah nampak je. Tapi tak ambil tahu pun kan. So, ingatkan macam teh yang selalu kita minum tu, teh boh, teh lipton, teh cap singa macam-macam lagilah. Kalau anda nak tahu teh yang disebut tadi adalah TEH MERAH. Tengok warna pun dah tahukan, tu teh merah. dalam CINCH ENERGY TEA MIX ada 3 campuran teh dalamnya. Dan yang menariknya ada TEH, PUTIH, TEH HIJAU & TEH MERAH. Teh merah & teh hijau pernah dengar, teh putih ni tak tahu pulak macam manakan. So dalam cinch tea ni boleh la anda rasa teh putih pulak. Kalau susah sangat nak cari kat pasaraya, Cari je shaklee punya. Cinch energy tea mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih. Bahan-bahannya secara details:
  • Taurina
  • Maltodextrin – bahan daripada jagung
  • Rooibos Red Tea Extract – tumbuhan herba dari Afrika … dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • Green Tea Extract
  • White Tea Extract – teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dai Jepun (the greener than green superfood)



Fungsi-fungsi beberapa ekstrak yang ada dalam teh ini

1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x

2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat

5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

CINCH ENERGY TEA MIX ini bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat seperti di atas, 
malah ia :

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni...Memang amat bagus untuk buang berat badan berlebihan. 

Bagi yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal amat-amat digalakkan ambil      CINCH ENERGY CINCH TEA MIX ini kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita.

CINCH ENERGY TEA MIX datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk.


HUBUNGI SAYA UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN DI:
Sms/Whatsapp : 019 697 3238

Sunday, 10 November 2013

Apakah maksud NON-GMO?

Maksud Non-GMO ialah bahan yang tidak di ubah secara genetiknya. Susah nya nak faham!! okay-okay. Dalam bahasa lain bahan makanan yang tidak dicampur dengan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Bahan kimia dari apa ya. Salah satunya dari baja kimia itu sendiri. Selalu kalau makanan yang bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lagi lagi kalau makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya:- kacang soya yang telah dikotakkan kita perlu ambil tahu bahan-bahannya & cara pemprosesannya. Jika dari kacang soya yang tidak organik (menggunakan baja kimia, prestisid, ect) ianya mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi NITRAT. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa KANSER!!

Kacang Soya GMO, lebih murah untuk dihasilkannya & berisiko tinggi kepada kesihatan pengguna kerna ianya mengandungi toksin yang tinggi.


GMO atau Genetically Modified Organisms bermaksud tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali juga sebagai genetic engineering).
Sumber : http://www.nongmoproject.org/learn-more/what-is-gmo/

Ia adalah proses pengambilan gen daripada satu spesis dan kemudian memasukkanya ke dalam satu spesis yang lain dengan tujuan untuk menghasilkan suatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini.
Sumber : http://www.nongmoshoppingguide.com/about-gmos.html

Di dalam proses Genetic Engineering ini, jurutera genetik sentiasa menemui kesan-kesan sampingan yang tidak diingini. Antaranya ialah, Tumbuhan GM:-

~ Menghasilkan toksin
~ Bertindakbalas dengan keadaan cuaca secara berbeza
~ Mengandungi sama ada terlalu banyak atau pun terlalu sedikit nutrien
~ Menjadi berpenyakit atau rosak dan kemudiannya mati.

Kajian terhadap pemberian makanan GMO kepada binatang mendapati :
~ Ketumbuhan sel berpotensi pra-kanser
~ Kerosakan sistem imunisasi
~ Otak, hati dan testikel yang lebih kecil
~ Kemerosotan separa atau peningkatan kepadatan hati
~ Bentuk sel nukleus yang ganjil
~ Lain-lain anomali yang tidak dapat diterangkan, kehamilan palsu dan kadar kematian yang lebih tinggi.
Sumber : http://www.nongmoshoppingguide.com/about-gmos.html

Bukan-GMO bermaksud, tidak dihasilkan melalui teknik yang disebutkan di atas, oleh itu, ia tidak membahayakan kesihatan kita. Ingat jaminan Shaklee? Produk Shaklee Sentiasa Selamat.

ESP isolated soy protein powder shaklee adalah diproses dari non-GMO. & selamat diambil untuk diet seharian, ibu hamil, ibu menyusu & untuk menurunkan berat badan.


HUBUNGI SAYA UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN DI:
Sms/Whatsapp : 019 697 3238

Tidak Kenal Maka Tidak CINTA... PT1

SAYA DAN SHAKLEE
Wahh tajuk kemai lagi kan.. ^_^ kenapa tidak kenal maka tidak cinta. Sebabnya sehrai tanpa suplemen badan saya akan keletihan, mengantuk mudah marah & kaki kebas bila bangun pagi. Lagi-lagi resdung dah sebati dalam darah, so pagi-pagi akan bersin & lendir hidung laju je macam air terjun.Sebab selama 2tahun ni amalkan shaklee alhamdulilah dengan izin Allah jua diberikan bantuan suplemen. Dengan suplemen bukan tak jatuh sakit, tapi masa kita jatuh sakit tu adalah suplemen yang boleh membantu selain ubat doktor. Bukan kata anti bebenar ubat doktor ni. Kalau sakit yang ringan-ringan ni kalau boleh memang nak elakkan. Kalau orang resdung macam saya memang migrain on off, bersin-bersin terlalu kerap sangat. Kalau dah melampau selsemanya mula lah demam mengada-ngada pulak datang. boleh di katakan sejak amalkan suplemen ni, Alhamdulilah, tahap kesihatan tu lebih terjamin, lebih sihat, lebih bahagia. Dengan kesihatan kita yang baik boleh membantu orang sekeliling juga untuk jadi lebih sihatkan. Wallauhua'alam. Ini kisah saya yang dah jatuh cinta dengan shaklee,, dan takkan mudah mencari pengganti lain. ^__^ set yang saya amalkan set resdung ( VITA-C, ALFALFA, B.KOMPLEKS ) SET MIGRAIN (B.KOMPLEK & OSTEMATRIX), EXTRA ADD ON NUTRIFERON









MAK & SHAKLEE
Malam ni nak cerita tentang keluarga saya yang saya babitkan sama amalkan shaklee. Yes kenapa nak babitkan orang lain pulak? sebab kebaikkan better kita sebarkan. Lagi-lagi yang boleh imrpovekan tahap kesihatan kita. tak salahkan. Macam mana mak saya boleh kenal shaklee. Mak ni ada masalah untuk minum susu. memang tak suka susu langsung. Jadi sering mengadu, gusi bengkak, lutut sakit & sering keletihan. Lagi-lagi mak ada kencing manis & darah tinggi. Memang berjaga-jaga jugak lah dia kawal makan. lagi-lagi musim durian sekarang ni. Makan pun buat merasa tekak je. Jangan makan banyak binasa badan jugak nanti. Saya kenalkan mak dengan OSTEMATRIX sahaja. Sebab masa tu saya hanya mampu bekalkan mak dengan kalsium sahaja. dan sebelum-sebelum mak lah pembeli setia. Kata mak, biarla mak bayar dulu, sebabnya saya baru mula nak berniaga. Sehingga kini mak akan bayar OSTEMATRIX mak beli dari saya. Tapi saya akan hadiahkan 1 untuk mak. macam beli 1 PERCUMA 1.  :D "Ya Allah kau terimala pemberian yang tak seberapa ni kepada ibuku, semoga dia lebih sihat & kau panjangkanlah umur beliau." semoga mak di berikan kesihatan yang baik. Nikamatilah umur yang panjang dengan kesihatan yang lebih baik.
to be continued-------