Pages

Thursday, 11 June 2015

Displin Dalam diri

Zaman aku dulu masa sekolah rendah dalam tahun 1996 masa tu umur 10tahun rasanya. Mak dah start ajar buat kerja membersih rumah. Dulu ada along, aku je. Jadi 2 orang ni gilir-gilir tiap-tiap hari buat kerja rumah.

Katalah hari ni along kemas ruang depan. Kenalah sapu sampah, kemas barang yang bersepah & mop lantai. Aku pulak kemas ruang dapur. Macam basuh pinggan, kemas dapur gas & buang sampah. Lipat baju & basuh baju pun gilir-gilir buat. Mak memang tolong. Kalau kami ni adik beradk buat kerja separuh jalan dia tolong la. sambil tolong sambil kena marah.. hehehe Tiap-tiap hari kitorg gilir-gilir buat kerja rumah.

Kekadang ada juga cengkelatnya. Patutnya hari ni along basuh pinggan. Tapi malam tu dia tak basuh pulak. jadi yang jadi mangsa aku lah. nak membasuh pinggan yang berlambak tu. Masa aku 10tahun adik aku yang ke-3 baru 6tahun. Apalah budak 6tahun boleh tolong kan. Jadi kami dua orang ni lah yang tolong mak buat kerja rumah. Sampailah kitorg sekolah menengah rasanya. Lepas along masuk kolej matrikulasi adik aku yang nombor 4 ambil alih tugas. yang no.nor 3 tu malas buat kerja tau. Kena ambil 1 hari 1 malam baru dia gerak buat kerja.





Haaa sejak along, angah dah kahwin baru ni la yang nombor 3 tu buat kerja rumah. Tolong mak aku. Tapi dalam tolong dia tu, mak aku kena membebel dulu. Baru tangan kaki dia berjalan.

Nak dijadikan cerita.Last-last entry aku ada cerita pasal suami aku ada sindrom mengemas rumahkan. Ini semua didikan mak mentua aku. Disebabkan MIL ni ibu tunggal, jadi anak-anaklah tempat dia mengadu & dah jadi tanggungjawab dia nak mendisplinkan anak-nak dia yang 3 orang ni. yang sulung perempuang yang bongsu lelaki.

Tiap-tiap kali laki aku bercerita, Kalau tak kemas rumah bila ma balik. Siaplah 3beradik tu berbirat kena hanger dengan ma. Dulu pakai hanger pukul anak orang pun tak hirau. Sekarang tengok anak berbirat satu badan orang kecoh. Dulu budak-budak punya metal lain. Boleh terima hanger rotan bagai. Berbirat kat kaki tu dah biasa. Zaman 90-an lah.

Anak-anak aku ni ada perangai malas kutip barang. Apa taknya bapaknya membebel tapi bapaknya la tolong kutip. Mana lah anak nak takot dengan bapak. Puaslah di bising bapaknya. Baju, seluar spender semua masuk dalam bakul kat belakang. Sekali-sekala anak-anak aku tu buat jugak. yelah budak-budak, kekadang ada malasnya. Tapi laki aku cakap kalau tak cakap kat diorang suruh buat, diorang takkan buat. Semua tu dipanggil displin dekat rumah.

Lagi satu laki aku selalu sangat membebel kat anak dia. Bila minum air tu sila la tutup botolnya balik. Aku ni pun bior je botol tak bertutup. kikiki dari siap agaknya perangai tu. Aku ni pulak selalu mem'back-up' budak-budak ni pasal tutup botol tu. "ala botol kan banyak". Laki aku cakap "memanglah banyak. Tapi ni bukan soal botol banyak ke tidak. ni soal displin. lepas minum tutplah balik" haaa lepas tu mula cerita pasal dia kena hambat dengan MIL. Displin, displin, displin.





Nursing Cover paling senang jahit

Tutorial tak da. Sebab benda paling la senang dalam dunia jahitan nak menjahit ni. Barang yang diperlukan:-

Kain cotton 1 meter
Fish Bone tape 1/2 meter. ( fish bone ada 2 jenis. 1 silicon. 1 lagi jenis tape)
Ring bag 2 biji

Fish bone tape

Cotton 1 meter


Ring bag
Yang ni fish bone silicon. Kalau nak buat nursing kena pakai fish bone tape punya okay. ebery bodi



Boleh pergi Link ni untuk Tutorial bervideo

Jimat dah dan mudah. Cotton cari la yang murah-murah. kat nagoya pun ada baru RM3.80 1meter. Kalau nak cantik-cantik, kain sedap kat kamdar yang paling murah english cotton dia Rm8.90 je tau. Fish bone tu dalam rang Rm3.00-Rm4.00. Ring bag dalam Rm1.00-Rm2.00

Modal memang tak banyak pun. Tapi kenapa online shopper jual mahal-mahal. Diorang guna kain berkualiti. English cotton gred AA punya. 1meter yang rm20-rm30 tu..

Boleh Like page ni untuk Pre-order Nursing cover, cloth diapers, KAM snap pliers & jugak FOE (foldover Elastic) untuk yang tercari-cari piping cloth diapers

Wednesday, 10 June 2015

Ukur Baju Tahun Lepas... Bukan Pada Badan.

Ni la haa baju hubby. Semua nak jahit sendiri..
Disebabkan suamiku bukan seorang kaki jalan. Nak bawak pergi jalan TAR ke, Sungei Wang ke, Kenanga Mall ke. Jangan harap. Nak pergi baju raya sendiri pun tak okay. Susah bebenar nak ajak bukan kaki jalan, pergi shopping. Dia kaki lepak je. Jalan-jalan a big NO.

Memang boleh dikatakan tiap-tiap tahun memang jahit baju melayu suami sendiri termasuk diri sendiri & jugak anak-anak. Bukan tak nak beli. Boleh je beli. Tuan yang nak di ajak membeli tu yang tak ada. Jahit sendiri pun okay jugak kan. Boleh asah bakat menjahit. Mula-mula herot-perot. Lelama perfect la dia.

Nasib baikla suami aku ni tak cerewet bila sarung baju melayu. Tak kesah leher apa pun. Janji sedap pakai, muat kat badan & tak ketat. Tahun lepas buat cekak musang. Tukar angin la konon. lecehla nak cari butang nye lagi. Nak jahit nye memang fail la kan. Tahun ni buat leher teluk belanga je. Kata nak Balik Johor. hehehe.

Tapi yang aku frust menonggeng. Sambil suruh suami aku cuba baju tak siap lagi. kot kot kalau labuh tu boleh repair. Ni bukan takat labuh je. Habis satu baju kena tetas balik. Aduhaaiii

Ni la muka aku masa nak tetas balik tu. kahkahkah
Ayat yang keluar kat mulut aku. Masa suami try baju "Abang! kenapa abang dah kecik. Sambil ketawa terbahak-bahak." Sebab dalam kepala otak dah fikir kena tetas balik. Dari tang poket, lengan & pesak. Hampir 90% baju kena tetas. hahahahahaha

Ni la orang kata. Ukur baju bukan pada tuannya sendiri. Memula laki aku cakap dia timbang hari tu 125kg jer, dari 130kg tiap-tiap kali pergi timbang memang tak turun lah kg nye haaa. Aku! hurrrmmm yela tu. Buat muka tak caya je. Mana nak caya, Makan 2 kali tambah. Kalau masak kari, jangan cakaplah 2 pinggang penuh dah wajib!..

Itulah tak percaya. Aku ni pun dengan konfiden lah, pergi amek baju melayu tahun lepas ikut sebiji ukurannya. Masa potong tu lebih kan 1inci. Kalau kecik boleh la jahit sipi-sipi baju kan. Tapi hampeh.

Bila ukur badan suami............

SEBELUM (ukuran Baju tahun Lepas)
Bahu : 22inci
Dada: 54inci
lengan, labuh tetap sama la kan.

SEKARANG
Bahu: 18inci
Dada : 50inci

Wahhh bini kembang, laki mengecut pulak kan. Hahaha. Sebab jarang masak kat rumah pun iya jugak kot. Mak buyut ni, tak la rajin sangat nak masak. Ikut kudrat la jugak. Kalau tak penat masak je. Sebab tak tahan dengar dak Mia. "Mommy lapar la" adoi hati mak mana tak cair dengar anak lapar. Masak nasi, goreng telor pun jadi lah. Mia ni hari-hari kena makan nasi. baju raya dah siap jahit. Tak taula sempat pakai pagi raya ke idak.

Suami aku pun sama jugak. Pagi raya je sempat pakai. Lepas mak buyut kembali normal (dah bersalin nanti). Badan dia pun kembali gebu la.. . Harap-harap mak buyut pun muatla pakai baju raya. hehehe

Kenapa siap kan awal-awal. bukan apa. Kudrat orang ngandung ni swing-swing. Kang dah penat bangun sahur. Balik pulak nak masak untuk berbuka. Takot tak sempat pulak nak jahit baju. Tak mau la terkocoh-kocoh jahit baju. Herot-perot kang. Malu je nak pakai raya.

Kasi peluang kang mak buyut ni berpuasa dengan tenang tanpa rushing-rushing.. :)

Tuesday, 9 June 2015

Sleveless Dress untuk kakak

Minggu lepas jalan-jalan cari Bis Apple punya donut dekat subang parade tu. Hadoi puas menjelajah satu mall. Tak jumpa-jumpa jugak. Agaknya dah pindah la kot naa..

Sambil jalan-jalan cari donut, masuk la Reject Shop. Niat hati nak beli seluar jeans mia. Mia membesar dengan pesatnya. Hahaha.. Kot-kot terjumpa baju kakak pun ok dah ni kan. Nanti bulan puasa tak yah shopping lagi. Mak buyung dah sarat dah tu. Tak kuasa nak jalan, bawak budak-budak ni.

Kalau bapak dia ada, diorang punya drama berlari-lari, menangis cukupla. Kalau dengan aku ni, diorang sangat-sangatlah behave. Apa tak nya mak buyung ni cengih. Dalam kereta sepanjang perjalan pesan.

"Kalau kakak & adik lari-lari sana-sini, mommy tak kejar tau. Kakak tak nampak mommy, mommy hilang, tak jumpa lgi mommy daddy. Kalau kakak lari, adik pun ikot sekali tau. Faham tak?" Aku rasa ada 4-5kali asyik cakap benda ni kat kakak. Sebab adik ni, buat tak tau je. Bila kita cakap kat dia "Yela"

"Okay mommy. Faham... Berapa kali mommy nak cakap. Tadikan dah cakap. kakak tau lah"

Yelah budak-budak, Kalau dah bosan jalan-jalan buat perangailah kan. Then masa masuk dalam reject shop ternampak la dress comel tak da lengan ni. Setahu akulah, pernah beli dress tak de lengan ni sekali je. Tu pun masa kakak 2-3tahun gitu.

The tanya kakak "Kakak comel tak baju ni" sambil tunjuk baju dress yang tak de lengan a.k.a nampak ketiak. Aku je yang berkenan.

Kakak reply "Hish tak nak lah nampak ketiak"

" Alaaa comel la baju ni mommy berkenanlah. Boleh buat baju raya"

" Tak nak la. Cari la ada tangan. Malu la nak pakai "

Okay mommy faham kakak dah besar. Ya Allah senang dengar sungguh dia cakap macam tu. A big 'NO'
to baju nampak ketiak. Mommy yang geram tengok dress budak-budak ni. Tapi yang lawa & comel semua Sleveless.




Baru berangan nak cari english cotton buat dress ala-ala gamba tu. Nampaknya kakak tak da selera pun nak pakai. Gegurl mommy semua nak pakai yang sopan. Alhamdulilah..

Tapi yang buat peningnya. Cari seluar saiz mia. Pinggang je 27inci. Kalau ada pun pakai budak yang umur 7-8tahun punya. Labuh nya kemai. Sayang pulak kalau potong tu. Kakak nya pulak. Pinggang, alahai 18inci ajer. Ni pakai saiz budak umur berapa tahun pulak. last-last mommy give up. Sebab cari baju sorang-sorang.

Pergi dengan daddy la jawabnya.....................

Monday, 8 June 2015

Boleh ke Berpantang sendiri nanti..........

Tak nak pantang sendiri. nak mak jugak jaga..

Sebabnya, bukan tak boleh nak pantang sendiri. Kalau berpantang sendiri memang tak berdisplin. kalau mak yang jaga tu. 44hari la kau tak keluar rumah. Kalau keluar pun pergi klinik balik klinik jelah.

Masa anak 1st dulu. memang seksa mak jaga. Siang tak boleh tido. Malam dah masuk tido pukul 8 malam. Tapi memang tak boleh nak tido lah. Baby buat konsert. Nanti kang kol 5pagi baru lah nak lelap. Alih-alih mak dah jerit pukul 7pagi suruh bangun. Mandi.. haaaaa T_T tak lena tido dah suruh mandi pulak.

Baby syoklah. Dah mandi tido je kejenya. kang maghrib baru dia bangun nak main. Cuba bayangkan 44hari pukul 5 pagi baru tido. Pukul 7 dah bangun. Haaa Memang baby blues ler.

Alhamdulilah, baby tak berapa kuning. Nurse check kat rumah je. Tak de suruh pegi klinik amek darah ke apa. Tu bagusnya breastfeeeding ni. Yang lagi best dalam 2minggu je rahim dah kecut. Apa taknya memalam asal baby nangis je sumbat nenen. Dia bergayut lagi. Memang tak boleh nak buat simpan susu masa dalam pantang.

Mak jaga memang sangat-sangat tegas. Tiap-tiap hari lepas mandi mesti tunku perut. Lepas tu letak la param serbuk bagi kulit halus mulus, putih gebu balik. Param tu kena campur minyak panak sikit. Baru la kick panasnya. Orang dalam pantang badan kena selalu panas. Barulah tak de sakit urat nila habis berpantang ni. Jangan lupa pilis. yang letak kat dahi tu. pilis tu pun panas jugak. Kalau pening-pening letak pilis ni memang lega yooouu!

Kalau yang dalam gambar ni param dia tak berapa power. Kena letak minyak panas. Kalau nak cari yang color hitam. Fuuuhh baru power bila lumur kat badan
Tu cerita berpantang dengan mak. Masa anak 2nd berpantang dengan mak jugak. tapi half way je. Sebabnya dulu kakak ni suka gigit anak duit mak tu. Tak sanggup tengok la. Tiap-tiap hari kot ada kesan gigit kat badan anak dia. Aku pun ambik keputusan berpantang la rumah sendiri. Tinggal dalan 2minggu lebih je kot nak habis pantang masa tu. Dari anak orang lebam-lebam kena gigit. baik duduk rumah sendiri diam-diam kan.

2nd baby pun pengalaman pun tak la ada sangat. Masa mak mandikan baby pun, aku tak tengok pun. Baby bangun mak terus angkat pergi bilik air. Kita ni dia suruh pergi mandi. Katanya kang nurse datang awal kang, awak tu tak mandi lagi. Kita pun terkial-kial lah pergi mandi. Air herba semua mak dah tuang dalam besen besar. Syok ooo pagi-pagi mandi air herba yang suam-suam. memang seronok kalau mak jaga.

Alhamdulilah kudrat dia kuat lagi. Semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dan kuat tubuh badan nak jaga anak angah yang ke-3 ni.. Amin........