Pages

Wednesday, 13 May 2015

Pocket Money!



Walaupun aku isteri bekerja. Dah sampai tengah bulan duit mula lah kering. Apa taknya seminggu 2 3 meeting. pakai kereta sendiri. Minyak & tol claim akhir bulan. huhuhu... even gaji beribu kalau tak berjimat ni lah haaaa jadiknya. Awal bulan hari tu shopping tak hengat.. dah tengah bulan. korek la poket baju seluar, kot-kot terselit sepuluh dua puluh ringgit kan. hahaha..

Kalau duit syiling dalam tabung tu memang hampir-hampir penuh dah. Tapi kang ada case emergency pulak kang. Nanti bila-bila duit tak de boleh la guna. Sekarang duit makan je tak de. Bukan melibatkan nyawa untuk guna duit. Tulah istila aku bila 'case emergency' hehehe

Walaupun husband gaji tak menentu, Syukur sangat-sangat. Dia dah tau, selalu sangat keluar meeting, makan kat luar lagi. kompom duit keluar saje kan. Sebelum bagi tu dia tanya lah.

"Sayang duit esok ada tak"

Walaupun awal bulan dia tanya. Selalu memang cakap tak de duit. hahaha. Bukan senag nak dapat duit dari suami free-free kan. kalau dia bagi duit pun. Buat shopping barang keperluan makanan harian rumah. Barang mentah. Jadinya bila dapat 'pocket money' masa ni lah nak belanja apa yang patut. Esok mintak lagi. hihihi..

Jadi hari ni moh ler pi tengok kain ela. preparation untuk rayaa... Dah lama tak pegang mesin jahit. Baby kali ni malas menjahit, malas memasak. hadoii .. yang dia nak. makan je. Kalau tak makan meragam. muntah-muntah. bukan muntah isi. muntah asid. tula.. Cepat beanu hadamnya. 2 jam sekali mintak makan. Hai cemanalah masa pregnant kurus. Biar perut & baby je naik. hehehe

Monday, 11 May 2015

Bebelan ISTERI!

Disebabkan setiap hari isnin cuti berniaga. husband duduk rumah tidor sepanjang petang. alahai seronoknya suami bercuti kan. Al-kisah hari isnin. Isteri macam biasa cuti sabtu ahad.. Berceritalah kat suami. 

"Wah seronok nya daddy yer. cuti berniaga, cuti jugak jaga anak. Kalau macam tulah ayang pun nak jugaklah cuti jaga anak"

Disebabkan anak-anak mak mentua yang jaga. Jadi masa hantar pun kekadang dalam pukul 2. Ambik anak pukul 6ptg. Jadi 4 jam je menjaganya.. Mak mentua pun ok je. Masa hantar siap bagi makan mandi semua. Masa ambik pun, balik rumah baru mandi & makan malam pulak. So, anak-anak duduk rumah nenek hanya tidur petang dan makan petang sikit-sikit. Jadi mak mentua pun tak kisah sangatlah nak tengok-tengokkan budak-budak ni. Balik cerita tadi.

"Abang ni jelah masa nak berehat. Kalau dah start keje mana dapat rehat. Balik keje pun belum tentu kerja habis. Kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan, sidai baju"

"Eh..... macam dia sorang je bekerja ye. Kita ni pun kerja jugak. bangun pagi-pagi siapkan anak sekolah. pagi-pagi jugaklah dah keluar kerja. Balik pulak nak masak lagi. Cuti pun sabtu ahad je okay. Sabtu ahad tu kena jaga anak siap kan makan breakfast sampailah dinner tau... Kalau boleh cuti ayang nak macam daddy jugak boleh tak. Cuti-cuti, cuti jugak jaga anak, cuti masak. Nak tidur jeeeeee"



"Ayang ni. Kalau lah ayang membebel tiap-tiap hari pasal ni. Stress abang tau tak. Hai nasiblah bini aku ni kekadang je membebelnya. Kebalkan je lah telinga tu"

"Haah bertuah betul daddy dapat bini macam ni tau tak. Daddy melepak pun.. Ayang boleh senyum aje."