Pages

Friday, 25 April 2014

Zinc complex Shaklee

Kepentingan Zinc complex

ZINC merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

ZINC Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetobalismekan karbohidrat, lemak dan protein.


Zinc membantu penyembuhan luka bersalin

Ramai yang tahu, lepas operation atau bersalin kena makan ikan haruan sebab nak bagi luka cepat sembuh.

Sebab apa?
Sebab... kandungan zinc dalam ikan haruan sangat tinggi. Jadi zinc sangat membantu cepat sembuhkan luka.

Bagi kita yang tinggal dibandar mungkin susah nak dapatkan ikan haruan jadi saya sangat syorkan pengambilan Zinc Shaklee bagi membantu sembuhkan luka dengan cepat.

Sangat-sangat disyorkan kepada ibu-ibu lepas bersalin terutamanya yang bersalin secara pembedahan tetapi ibu-ibu yang bersalin secara normal juga ada berlaku luka jadi pengambilan zinc sangat membantu !


Zinc Menguatkan Akar Rambut

Kekurangan Zinc menyebabkan shaf rambut menjadi lemah, menyebabkab rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zinc bermanfaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikkan tisu yang rosak. Ia juga, mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut, sekaligus mengurangkan peluang rambut cepat gugur. 

Zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya meransang generasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita. Pengambilan Zinc yang cukup amat penting untuk membantu pertumbuhan rambut dengan lebih cepat dan menguatkan rambut.







HUBUNGI SAYA UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN DI:
Sms/Whatsapp : 019 697 3238

Sunday, 20 April 2014

Jahit menjahit mengisi masa lapang

Semalam pegi cari kain nak jahit Skirt chiffon. Ya Allah memang rambang mata. Lagi-lagi tengah bulan yang tak ada duit ni. Nafsu mebeli belah dia meluap-luap huahua. Nasib baik ada Husband. Boleh la kecek-kecek dengan dia sikit. tapi sebelum bagi tu, huii macam-maca tanyanya. Hehehe bukan bagi senyap je hokay!!

Dapatla beli 4 pasang kain chiffon. Masing-masing 1.5meter je. Beli dekat nagoya. Kain chiffon pun dah naik harga. Sebelum raya cina tu baru Rm6.00 semeter. Semalam punya harga Rm7.00 semeter. Nak tak nak beli jelah. Dah sampai kan. Kalau tak beli teringat-ingat pulak karang. Ni la masalah perempuan yang suka shopping. Kalau tak dapat tak lena tidoq!

Bukan kain chiffon je beli. kain cotton pun beli. Haa kan dah rambang mata!. haish. Balik je dari nagoya. Siap-siapkan anak, bagi makan, bagi mandi, bagi susu, lepas tu tidur la mereka. Apa lagi operasi menggunting baju & kain. Kain chiffon 4 helai & baju kurung moden siap potong. Tapi pagi tu dah siap potong apron 3 helai. Untuk suami buat niaga. Ekspress kan, kalau budak-budak tak kacaulah. Ni la hobi nya hari minggu. Kalau Tak tengok drama korea. Menjahit... (ikut mood)

Tapi semalam jugak siap 3 helai apron, 1 helai baju kurung moden & 1 helai skirt chiffon. Hari ni pulak siap dah guntuing langsir untuk mak mentua dengan 2 helai lagi kain chiffon.. Yang apron tu senang je buatnya. Ambil contoh apron-apron lama buat contoh. Lepas tu lekap atas kain & gunting 1/2 inci selepas kain contoh. Buat la poket & tali apron. taadaaa



Yang kain chiffon ni 1 helai RM35.00 je. Kalau sesiapa yang nak hanta buat skirt ni atau nak beli kain, ikut kegemaran warna yang anda mahu, boleh je. Saya ambil tempahan Skirt chiffon ni sahaja. Jahitan lain tak ambil. Takut tak sempat siap. Sebab busy kat opis lagi. ^_^

tata sampai sini ni entry kali ni. Anyong!