Pages

Thursday, 14 August 2014

Pola Kimono

Assamaua'laikum.

Hari ni nak sharing satu lagi pola. pola kimono namanya. Sebab apa, sebab memang nampak macam kimono orang jepun. tapi cardigan.. Hehehe.. Saya pun teringin nak membuat nya. Tapi tunggulah, siapkan baju orang yang tengah berderet-deret tu. Nanti nak buat saya share tutorial versi saya pulak eh.

Senang je nak membuatnya. Saya fikir susah la bebenaaa. Okay meh tengok Pola nya.. Baru sktech. belum try lagi.. heeeee








Pastikan potong dua. 

Selamat Mencuba ! !



Tuesday, 12 August 2014

Ahli baru rumah kami...

Assalamualaikum...

Hadoi.... Pagi-pagi dah mengeluh.. Tak baik kan... Disebabkan anak-anak suka bena dengan kucing. kalau dah keluar rumah tu, tak nak masuk dah. Asyik la dok belai kucing kat luar. Tanya bapaknya nak bela tak kucing. Anak-anak suka bebenar dengan kucing kat luar tu..

Sebelum nak bela kucing betul, saya belikan anak-anak kucing mainan. Asyik mengiau je. Selagi betri tak habis. Hmmmmmm pening dengan kucing mainan.. Kucing mainan bermata biru milik mia. Sekarang dah jahanam. hiks

Mainan mia. buakn meow tau.. ;p


" Tak payahlah. kencing, berak dalam rumah siapa nak cuci. "
Itulah yang diberatkan. Tak payah susah-susah nak melayan kencing beraknya. Sekarang ni, bila dah bagi masuk rumah kucing ni, hari-hari dok mengiau kat lua nak masuk. Kita pun kesina lahai. bagi la cik kucing ni masuk. Cadang nak bela kucing jantan. kucing betina asyik beranak je. Kang anak-anak kucing pulak berderet-deret. Tak larat nak melayan kucing yang berderet-deret ni.. Tapi nak buat cemana, Allah dah bagi kucing ni masuk rumah. Bela la dengan sebaik mungkin. In Shaa Allah

Pagi tadi konon-konon nak mandikan kucing. siap dah sedia sebesen air campur dengan shampoo. Haaa nak jadi cerita, cik kucing melompat-lompat kesejukkan. Jadinya cik kucing dah macam tu, lupakan jelah nak mandikan. Kita buat cara lain pulak esok. Kalau Baby kucing boleh la tahan dengan dia punya kuku. Yang ni dah tua bangka. Boleh calar balar tangan dibuatnya.. Cuba-cuba la cari salon untuk cik kucing ni. Cik kucing baka kucing malaysia je. Tak ada bulu tebal. Kalau bulu tebal mahal nak groomingnya. Nasibalah cik kucing, kucing biasa. Harap-harap under bajet la..

Nila cik kucing yang biasa-biasa je bulunya. Hehe.

Dok mengendeng nak gigit baju orang yang di ngendeng. tak tahu la kenapa. Bila duduk sebelah je, mesti cari baju nak geget cik kucing ni.

Okay bermula operasi cik kucing. Ahli baru rumah Cik kucing belum diberi nama. Belum mandi. Bushuk.. Makanan pun belum yang betul-betul untuk makanan kucing. Kekadang kami beri dia ikan bergaul nasi. buat masa ni makan sahaja apa yang dihidang. Bertuah cik kucing.

Sunday, 10 August 2014

Vitamin-E & GLA complex

Salam Ogos 2014. jangan ketinggalan promosi bulan ni tau. Kebanyakkan wanita, semua tertunggu-tunggu ketibaan GLA complex ni buat promosi. Pasai apa. Sebab nak dapat harga yang paling murah la.
Beli 6 Dapat 7 botol. haaa hamik kau. JIMAT.BERBALOI.MURAH.. 3 Pakej lengkap dapat kalau beli pada bulan prmosi Ogos ni.

Okay nak cerita la perbezaan GLA complex dengan Vitamin-E ni. Kalau dah ambil Vitamin-E perlu ke ambil lagi GLA complex ni.?



Vitamin-E shaklee diperbuat daripada minyak soya organik. Nama pun dah organik jadi tiada campuran atau baja kimia okay. Juga mengandungi minyak biji gandum yang diperkaya vitamin-E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama & delta) Ianya adalah vitamin-E yang lengkap dipasaran.

Mengandungi 10mg selsenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin-E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah & tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksin semulajadi & juga anti-oksidan dan melindungi retina mata.

Untuk pengetahuan semua, sesiapa yang mengalami Jerawat yang teruk di ikuti dengan berminyak, Tidak disarankan mengambil dengan kerap. Sebabnya Vitamin-E ni, membolehkan jerawat membiak dengan jayanya. Disarankan berkonsultansi dulu dengan pengedar anda, jika mengalami masalah seperti ini selepas menggunakan produk vitamin-E sahklee..



GLA adalah singkatan GLA (Gamma Linolenic Acid), iaitu yang merupakan sejenis Asid Lemak Perlu (Essential Fatty Acid (EFA)). “PERLU” bermaksud, badan kita tidak boleh menghasilkannya, dan kita perlu dapatkan sumber tersebut daripada makanan harian.

Di dalam tubuh kita, asid gamma linolenik ini akan digunakan untuk menghasilkan prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti radang, anti pembekuan darah di samping turut membantu menstabilkan tekanan darah.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Sumber GLA terhebat mengandungi 540mg GLA. Shaklee tidak menggunakan Evening Primrose Oil (EPO) sebaliknya menggunakan Borage Oil dari bunga borage. Kandungan GLA dalam minyak benih borage (borage seed oil) adalah 2 kali ganda dari EPO. Borage juga 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan berbanding EPO.

Mari kita baca kebaikan GLA Complex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik

Haaa dah tahukan kandungan 2 Suplemen ni. Jadi, pilihan ditangan anda... ingin lebih informasi & konsultansi PERCUMA hubungi saya ya..