Zaman aku dulu masa sekolah rendah dalam tahun 1996 masa tu umur 10tahun rasanya. Mak dah start ajar buat kerja membersih rumah. Dulu ada along, aku je. Jadi 2 orang ni gilir-gilir tiap-tiap hari buat kerja rumah.
Katalah hari ni along kemas ruang depan. Kenalah sapu sampah, kemas barang yang bersepah & mop lantai. Aku pulak kemas ruang dapur. Macam basuh pinggan, kemas dapur gas & buang sampah. Lipat baju & basuh baju pun gilir-gilir buat. Mak memang tolong. Kalau kami ni adik beradk buat kerja separuh jalan dia tolong la. sambil tolong sambil kena marah.. hehehe Tiap-tiap hari kitorg gilir-gilir buat kerja rumah.
Kekadang ada juga cengkelatnya. Patutnya hari ni along basuh pinggan. Tapi malam tu dia tak basuh pulak. jadi yang jadi mangsa aku lah. nak membasuh pinggan yang berlambak tu. Masa aku 10tahun adik aku yang ke-3 baru 6tahun. Apalah budak 6tahun boleh tolong kan. Jadi kami dua orang ni lah yang tolong mak buat kerja rumah. Sampailah kitorg sekolah menengah rasanya. Lepas along masuk kolej matrikulasi adik aku yang nombor 4 ambil alih tugas. yang no.nor 3 tu malas buat kerja tau. Kena ambil 1 hari 1 malam baru dia gerak buat kerja.
Haaa sejak along, angah dah kahwin baru ni la yang nombor 3 tu buat kerja rumah. Tolong mak aku. Tapi dalam tolong dia tu, mak aku kena membebel dulu. Baru tangan kaki dia berjalan.
Nak dijadikan cerita.Last-last entry aku ada cerita pasal suami aku ada sindrom mengemas rumahkan. Ini semua didikan mak mentua aku. Disebabkan MIL ni ibu tunggal, jadi anak-anaklah tempat dia mengadu & dah jadi tanggungjawab dia nak mendisplinkan anak-nak dia yang 3 orang ni. yang sulung perempuang yang bongsu lelaki.
Tiap-tiap kali laki aku bercerita, Kalau tak kemas rumah bila ma balik. Siaplah 3beradik tu berbirat kena hanger dengan ma. Dulu pakai hanger pukul anak orang pun tak hirau. Sekarang tengok anak berbirat satu badan orang kecoh. Dulu budak-budak punya metal lain. Boleh terima hanger rotan bagai. Berbirat kat kaki tu dah biasa. Zaman 90-an lah.
Anak-anak aku ni ada perangai malas kutip barang. Apa taknya bapaknya membebel tapi bapaknya la tolong kutip. Mana lah anak nak takot dengan bapak. Puaslah di bising bapaknya. Baju, seluar spender semua masuk dalam bakul kat belakang. Sekali-sekala anak-anak aku tu buat jugak. yelah budak-budak, kekadang ada malasnya. Tapi laki aku cakap kalau tak cakap kat diorang suruh buat, diorang takkan buat. Semua tu dipanggil displin dekat rumah.
Lagi satu laki aku selalu sangat membebel kat anak dia. Bila minum air tu sila la tutup botolnya balik. Aku ni pun bior je botol tak bertutup. kikiki dari siap agaknya perangai tu. Aku ni pulak selalu mem'back-up' budak-budak ni pasal tutup botol tu. "ala botol kan banyak". Laki aku cakap "memanglah banyak. Tapi ni bukan soal botol banyak ke tidak. ni soal displin. lepas minum tutplah balik" haaa lepas tu mula cerita pasal dia kena hambat dengan MIL. Displin, displin, displin.
1 comment:
Harrah's Hotel and Casino, Atlantic City - Mapyro
Welcome 속초 출장샵 to the Harrah's Hotel and Casino, a 광명 출장안마 luxurious ocean view resort that offers the 경기도 출장마사지 best 안양 출장샵 in gaming, dining, 양주 출장안마 shopping,
Post a Comment