Wah dah lama tak update blog ni. Fuhhh Fuhh Fuhh.. haaacuuumm. ehe habuk banyak blog kita ni.
Haa siapa ada penyakit turun temurun ni. Saya salah seorang dari nya. Kenapalah RESDUNG yang di turunkan. kaaan. Turunkan lah pandai menukang rumah ke, bawak kapal ke kan. Haish..
Okay. bercerita pasal resdung ni macam mana boleh terjadi nyer resdung ni. Selain resdung nama lain, seperti SINUS @ ALERGI. Tanda-tandanya seperti:-
Tanda-Tanda Penghidap Resdung:
- Hidung tersumbat dan berbau busuk
- Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
- Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
- Kerap bersin terutama di waktu pagi
- Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
- Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
- Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
- Kerap sakit kepala
Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.
Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Herrmm jangan tak tahu ada orang sampai kena bedah hidung semata-mata nak buang ketumbuhan dalam hidung tu.
Garisan merah sebelah kanan tu adalah kawasan resdung. Dimana kawasan tu di halang oleh lebihan daging yang menghalang pernafasan dan menjadikan nafas kite berbau.
No comments:
Post a Comment