Pages

Friday, 18 April 2014

POLA Skirt Chiffon Gojes

Wahhh nama kemain kan. Haa skirt chiffon ni dah jadi trend dah kan. I memang suka menjahit. kalau tengok skirt ke, blouse ke dalam otak ni akan cakap sendiri "Ermmm cantik skirt ni. Okay nanti petang boleh cari kain jahit". Bukan cantik nak beli dari online tu. Hehehe. Sebabnya kalau dah pandai menjahit, tengok je dah boleh buat.

Salah satu sebabnya. Sekarang skirt chiffon tu RM40 lah paling murah. Bagi I, dah boleh jahit ni. Chiffon yang murah dibeli 1meter baru RM5.00(kamdar), RM6.00(Nagoya).. Kalau saiz-saiz L macam I ni. 1.5meter pun dah okay. Kalau saiz 2XL-3XL 2meter ke 2.5meter je. Cuba korang kira jimat ke tidak kalau dah tahu menjait. Kain lining jersey baru RM2.8 1 meter(nagoya je ada kain jersey ni)

Total untuk 1 skirt chiffon jahit sendiri baru modal RM10.50.. Wahh jimat jimat jimat.. Kalau kita beli memang mahal sebabnya kos kain, kos minyak, kos upah, kos letrik. tu semua kena kira jugak. RM40 tu memang berbaloi dah tu. Kalau nak lagi murah, nak jimat jahit sendiri la.. Baru kita tahu kos-kos semua tu memang diambil kira.

Kalau orang dah ada minat menjahit ni semua lah nak try. Macam I, memang tak pergi mana-mana kelas menjahit. Mak memang menjahit, tapi jahit baju kurung sahaja. Jadi mula minat menjahit tu bermula menjahit baju raya sendiri.

Dulu mak memang tukang jahit tegar baju kurung perempuan, kalau musim-musim nak raya tu memang tak menang tangan dibuatnya. Lepas tu, baju kami adik-beradik memang la yang paling last sekali mak jahit. Dulu memanglah sedih. Baju orang lain berpasang-pasang, kita ni sepasang sorang je. Time form 4 tu tekad belajar potong baju kurung, then belajar pakai mesin jahit. Haa lama-lama dah reti pakai mesin jahit, macam-macam ekperimen kain dijalankan. Hahahaha.

I belajar buat baju kurung moden pun semuanya dari internet, dari Youtube, dari buat pola sampailah cara-cara menjahit. Internet guru I. Terima kasih cikgu ternet ^__^. Ekperimen buat kemeja, buat blause, buat peplum, buat gaun anak, yang last ni buat skirt pakai kain chiffon. Huuuuu menjadi! Lepas tu adalah buat apron suami nak buat pergi niaga. ^____^

Alhamdulilah, bakat dari mak turun jugak kat anak dia yang sorang ni. Terima kasih mak... Tapi tak pernah buat baju untuk mak. Sebabnya mak kata, nanti kau buat tak sedap pakai. Baik tak payah membazir tenaga, bazir kain. TT_TT. Huhuhu sampai hati mak.. hihihi. yelah dah nama pun tukang jahit. Memey cerewet.

Okay nak share gamba eksperimen skirt chiffon. Selamat mencuba!
Pastikan kain yang 1.5meter dilipat 2 tau.



No comments: