Pages

Wednesday, 25 February 2015

Simptom mengandung anak ke-3

Ya Allah alhamdulilah.. hamil kali ke~~~~ tiga. 😊 4tahun jarak mia dgn new baby ni. Rancangnya nak tunggu mia masuk sekolah nanti. Sebab mia ni dah lama dimanjakan. Pakai seluar pun nak mmy ddy pakai kan. Basuh berak pun macam tu jugak. Puaslah dok rotan bontot dia tu. Tapi nak buat cemana. Rezeki Allah nak bagikan. Jangan tolak no... no... no...

Alahan anak sulong
Tapi setiap alahan ni beza-beza. Dari pengalaman anak2 sendirilah. Anak sulong yang paling teruk. 3 bulan tu lah, makan, muntah. Makan, muntah. 3 bulan berturut-turut macam tu. Masuk trimester ke-2 dah okay. Melantak macam mak beruang dah rupanya. Kembang kau. Sampaikan ayah sendiri tegur. "Kau makan apa ngah. Gemok!"

Wah terguris ibu mengandung. Apa taknya tiap kali ngandong je hidung tu mesti kembang sama. Bini bos tegur. Hidung u kembanglah. 😡😡😡😡 orang lain ngandong, suci bersih gila muka. Muka macam anak2 dara gitu. Tapi kita.. huii leher hitam, ketiak hitam.. tulah kan pembawak budak. Masa ngandong anak sulong ni feveret suka benda manis2. Kalau tak minum teh ais manis pepagi rasa tak berapa hidop. Heheheh. Tapi sepanjang 9bulan tak masak kot. Sebabnya makan berdua je.  Penat nak masak ia jugak.

Tapi masa anak 1st ni. Memang dimanjakan suami. Pergi dan balik kerja suami hanta dan ambil. Alasannya tak larat nak drive kereta. Dulu kereta manual, nak ngadap jem dia. Hadoiii.. kalau nak terberanak tu. Memang bole la terberanak dalam keta tu.. Anak sulong ni memang habis berat cecah rekod kot 70kg. Masa ni tak kenal shaklee lagi. Masa ni pun susu kakak pun sampai 3bulan je. Sebab susu kering, lagi 1 asas nal bf tu tak ada. Mak pun tak berapa tegas pasal bf anak ni. Kita Memang berpantang 44hari dengan mak yang cengeh. Cengeh2 pun ada kebaikkan tau. Paling menyirap tu tak boleh tido siang. Cuba bayangkan, dahla memalam baby buat konsert sampai 5 pagi. Siang pulak tak boleh tido. Mak kata nanti muka tu sembab je. Tak cantik nanti lepas habis pantang. Huhuhu.. Nasib dapat berat ideal. Tapi perut still buncitlah. Nak dapat berat zaman anak dara memang tak harap sangat. Kihkihkih. Usaha kena keras lagi lah kalau nak dapat berat time anak dara kan..

Alahan anak ke-2
Alahan muntah-muntah ni tak dapat dipisahkan la dengan kita ni. 3bulan jugak tak masak, muntah-muntah. Tapi tak seteruk anak 1st. Kiranya anak kedua ni dah pandai kawal morning sickness tu. Morning sickness jadi, perut kosong atau perut terlaampau penuh. Kejadian ni memnag berlaku kat diri sendiri Lepas 3 bulan mentedarah la.. tapi alhamdulilah tak de kencing manis ke, tak de darah tinggi ke.. lega jugaklah kan. Makanlah segala yang teringin tu.

Anak kedua ni time kat hospital nurse buat tak tau je. Yelah tak de nak tanya susu dah ada ke tak? Haram. Asalkan letak baby kat breast 24jam. Jangan kasi nangis. Tapi masa ni ada jugaklah curi-curi bagi susu fm dalam botol. Kesian tau tak. Anak sendiri perut kosong. Mak makan kemain lagi. Anak kebuluran. Sadis betul la.. lagi sadis susu badan tak keluar lagi masa anak dah keluar.

Check-out je hospital. Dalam kereta bancuh fm 5oz susu bagi baby. Huiii... habis kau dia minum. Nasib la 1 malam setgh hari kat hospital tu. Kalau 3 hari baby dah kekeringan air mata kot. Mintak susu.

Tapi baby kita ni memang suka buat konsert memalam sampai ke pagilah. Lepas tu siang tidoooo memanjang. Apa taknya malam dah melalak telolong. Siang save energy la untuk malam.. tapi dah ada pengalaman nak handle baby tido siang ni. Siang tu tak payah bedung sangat. Kalau terkejut2 dia bangun sendiri. Mintak susu. Masa mintak susu tu bagi lambat2 je.. hehehe kejam kan. Yelah nak bagi dia berjaga siang. Malam mak nya pun bole tido sama.

Anak kedua ni, mak bagi kelonggaran sikitlah. Hehehe. Boleh tido siang 2jam je. Kekadang terlajak jugak. Kalau terlajak tu mula la mak pulak buat konsert vokal tinggi macam ziana zain tu. Hahahaha. Yang best berpantang ni. Semua kerja org buatkan. Kita menyusu anak je. Mandikan, siapkan baby semua mak yang buat. Sayang betulkan mak kat kita. Masa nilah kita sedih. Masa nilah baru kita rasa, macam mana mak kita bersalin kan kita. Penat, sakit, letih macam2 rasa lah Huhuhu. Kalau boleh lepas pantang tu nak habiskan masa dengan mak je. Tak nak naik kerja lagi. Huhuhuhu

Anak ketiga (on the way)
Yeeehaaaak!! Morning sickness tetap adoo~~~ tapi terkawal. Rasa2 nak muntah pi cari buah. Rasa2 mual pi cari gula2. Rasa2 nak ter2 tu carilah. Bende yang boleh buat kunyah2. Bagi mulut tu tak loya2. Hehehe Masak jarang2 je nih. Tak boleh bau dapo pulak kali ni. Kalau nak masuk dapo jadi ninja sekejap. Hahaha.

Tapi setakat ni morning sickness tak teruk sangat. Kali ni punya ngidam nak makan bende pedas dan benda2 masam. Dulu tak pernah beli buah. Sekarang ni penuh dengan buah2. Buat stoberi ada, epal hijau ada, epal merah ada, anggur hijau ada, dan tak boleh ketinggalan biah betikla. Haaaaa sihat kan.

Masa ngandong ni memang ada masalah pembuangan. 😯😯😯 Anak ketiga ni pun. Masalah yang sama. En.sembelit. nak makan vitamin shaklee tak lalu lagi nak telan, tengah loya-loya ni. Nanti trimester kedua lah baru sambung makan balik.

Okaylah lain entry kita taip ye. Tatatatata~~~

No comments: