Hai la awak semua. Ada tak anda sendiri yang mengalami atau pun suami ke adik-beradik ke. Kalau dapat kes macam ni.... kita yang tengok pun penat!
Sebabnya balik dari kerja ingat nak duduk-duduk ke baring-baring rehat dulu ke kan dalan 10 - 15 minit..
lepas je salin baju kerja terus meluru ke dapur, basuh pinggan yang sebiji dua. Lepas selesai membasuh, kerja angkat kain semalam, pastu terus masuk baju kotor dalam mesin, baju hari ni pulak nak dibasuh nya. Sambil-sambil membasuh tu. Ambil penyapu & penyodok, kasi bersih dari habuk. Habuk pasir kekadang ni mengikot sekali masa kita masuk kan. "katanya" sambil-sambil tu pulak mengisi air masak untuk anak-anak & air untuk peti ais. Air sejuk dalam peti ais tu memang sentiasa ada lah. Kalau kat umah mak memang tak de air sejuk langsung. Sebab penuh dengan barang masak & jajan-jajan adik-adik aku.
Bila mak datang rumah pun, mak pun sedap menuang dalam cawan minum!. Mana taknya, rumah sendiri tak boleh nak isi. hehehehe
Haaaaaaaaaaaaaaaa! ni lah rutin harian SUAMI aku! tak boleh nak tengok rumah bersepah, walau pun secebis kertas sekali pun. Hadoi la... Lepas tu membebel kata rumah bersepah. Aku tengok tak dak pun yang bersepah. Kalau setakat kertas secebis melayang-layang tu. ni lah dia.. Orang kata Syndrom hape tah.. Tapi kalau syndrom mengemas rumah memang semua isteri-isteri aku rasa seronok sangat!
Bertuah tak haku! hahahaa. Tapi kalau orang syndrom ni penat memang semua dalam rumah kena baling kerusi. Rumah bersepah punya pasal ! hehehe
No comments:
Post a Comment