Pages

Thursday, 16 October 2014

RAWATAN secara Semulajadi - RESDUNG

Assalamualaikum..

Berweb walking, cari inspirasi & idea nak tulis entry ni. Berwalking-walking terjumpalah orang buat rawatan resdung secara semulajadi.. Then teringat lah dulu. masa duduk dengan mak ayah. Ayah ada resdung kronik. Memang tak boleh salah makan. Kalau salah je makan habislah. Bersin tak berhenti, kalau makanan tu bertoksik sangat bagi dia, siaplah mata & muka habis bengkak. Jadi mak sangatla berhati-hati bila beli ayam mentah. Kalau ayam dekat econsave ke, mydin ke, memang mak tak beli.. Sebab ayah tak boleh nak makan. Alergik ayam kat market tu lah. Kalau nak beli pun beli kat pasar pagi. Dah tentu dapat ayam fresh..

Okay, kisah rawatan resdung ni, macam-macam kaedah dah orang guna. Pakai colok asaplah, pakai lipas lah, lagi yang geli pakai lintah EEEWWWWW.. Lepas tu tebaca lah satu blog ni. Buat rawatan lintah. Bagi lintah tu buang darah kotor kat muka. Arrghhh memang tengok GELI sampai naik bulu roma... Blogger ni cakap lepas rawatan, darah dari kesan gigitan lintah tak nak stop.. Jadi letak la plaster kat muka. Lepas ni kompom muka bertompok-tompok hitam dek gigitan lintah.. Memang geli la..

Bagi saya baik tak yah cuba benda yang menggelikan, bulu roma ni..Ni ada artikel dari kementerian kesihatan tentang rawatan lintah ni LARANGAN RAWATAN LINTAH 


Siapa yang tak lalu nak bagi lintah ka, lipas ka sedut-sedut darah ni. Meh cuba SUPLEMEN pulak. Resdung ni bukan boleh sembuh, lepas makan suplemen pun. Yaa betul, resdung ni bukan penyakit hari  ni makan, esok lusa dah elok. Resdung ni berpunca daripada rerambut halus silia yang berada dalam rongga sinus tidak berfungsi dengan baik. Jadi sampai bila-bila pun resdung ni aka ada. Bagi yang ada lah..

Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
Ni adalah salah satu cadangan set resdung yang anda boleh cuba.



Alfalfa Complex
Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex
Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C
Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna..

Anda juga tak sabar nak mengurangkan resdung yang dah lama sangat sebati dalam badan. hubungi Aishah untuk MEMILIKI set resdung shaklee


Call/sms/whatsapp : 019-697 3238
Facebook: aishah nasir
Facebook Page : Nature's way with shaklee


Wednesday, 8 October 2014

Kakak & Adik ada bilik sendiri

kakak cantik Adik comel.
Malam lah idea nak menulis blog mencurah-curah. Dah lama nak share cerita budak bijak 2 orang ni. Macam-macam akalnya sekarang ni, yang kakak becoknya kemain lagi. Kadang-kadang sampai satu tahap tu, husband tak larat nak dengar, dia akan membebel tiru gaya kakak yang banyak tanya tu, sampai kakak melalak. Yelah mana taknya, bila nak mencelah je, daddynya sambung lah bercakap. At the end, dia senyap. hehehehe.

Okay cerita asingkan tempat tidur kakak & adik ni pulak. Hari pertama tidur bilik sendiri excitednya mereka, oohhooiii. 1st train tidur siang, kat bilik sendiri. Dekat 2jam jugaklah lenanya adik-beradik ni. Bila malam je, kakak melalak. Apa lagi, mummy pun terkezotlah. tetiba pulak menjerit ni. Adik relax je tidur. Dikejut pun haram nak bangun. cerita kakak melalak.

Big sister. Becok, Bijak, cantik, bulu mata lentik & sangat ringan tangan

" Kenapa kakak"
" huhuhu. nampak hantu".
" okay, (mummy tergamam. tak tahu nak cakap apa dah). Hantu tu buat apa?"
"Hantu minum susu" dalam hati mummy nak ketawa terbahak-bahak. tapi tak keluar kan suara.
mummy bagi alasan "Daddy lah tu" tak tahu nak bagi alasan apa dah memalam buta..
"Takkan daddy minum susu". Okay lagi sekali mummy gelak dalam hati. ^_^

Akhirnya, malam pertama dalam bilik sendiri gagal. Bawak adik yang tak nak bangun tadi masuk bilik, tidur sama. Seminggu jugaklah nak serasi tidur tanpa mummy teman. Seminggu jugaklah mereka terjaga pukul 3pagi setiap hari. Setiap hari tu jugaklah, mummy bawak bantal & toto masuk bilik kakak & adik. Sampai husband cakap. Bawak jelah budak-budak tu masuk bilik, tidur sama-sama. Hai, penat-penat train seminggu asyik dok ulang alik bawak bantal & toto bagai. Senang nya cakap.. gggrrrrr.. Bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian. Haaa sekarang dah nampak senangnya kan. Dah takde lagi pe'el adik gosok tangan mummy bila nak tidur. Alhamdulilah. KAU permudahkannya..

Adik sangat lah berani. Main kucing dalam bilik stor yang gelap sorang-sorang. Kalau kakak ni, gelap je dah menjerit. good girl adik.


Masa nak asingkan kakak & adik tidur pun, takda plan pun. Hari ni cakap nak alih almari & katil. Dengan bilik tak cat, langsir pun tak sedia pun. Memang tak hias lagilah bilik mereka ni... Hari tu jugak start train diorang. Phewww. Kalau tak buat sekarang, bila lah agaknyakan..


Jumpa di next entry....


Tuesday, 9 September 2014

Anak Tak Mahu makan NASI 👏👏

Pasti ada ibu yang risau anak tak mahu makan nasi ni. Kalau makan biskut pun 2-3 keping saja. Biskut, hot dog, nugget & etc hanya akan menjejaskan lagi minat mereka untuk makan nasi. Hanya makan makanan ringan tidak mencukupi untuk melengkapkan nutrisi harian mereka. Ini menyebabkan badan anak-anak kurus kerana tidak cukup nutrisi.


TAHUKAH ANDA !

Menurut pakar pemakanan, jika kanak-kanak yang tergolong dalam kategori tidak suka makan nasi, sememangnya terdedah kepada risiko mengalami malnutrisi yang serius apatah lagi sekiranya berat badannya tidak mengikut berat normal pada usianya.

Dengan hanya memakan lima hingga enam keping biskut sehari, ia hanya membekalkan sebanyak 150 kilo kalori sehari (iaitu 11% daripada keperluan harian) dan empat gram protein sahaja (17% daripada keperluan harian).

Sedangkan keperluan bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke atas adalah sekurang-kurangnya 1360 kilo kalori sehari dan 23 gram protein bagi menyokong perkembangan dan pertumbuhan anak yang sihat.


Nak paksa anak makan mungkin susah bagi sesetengah ibu bapa. Mestilah kita risau… Cukup ke zat anak aku ni? Saya kongsikan beberapa tips untuk menarik perhatian anak anda untuk makan

Makan bersama anak-anak akan lebih bonding antara ibu dan anak. kadang-kadang anak ni tengok kita makan. Boleh terliur jugakkan. Kita pun kalau tenagok orang makan beria-ia, wahhh ni mesti sedap. kikiki..


Bawa keluar rumah, sambil-sambil santai dan mereka bermain dengan kucing tau berlari-lari. Dengan cara ni pun kita boleh tarik mereka lebih berselera makan. Tukar suasana makan dari dalam rumah yang hanya duduk menghadap makanan sehingga habis. Ataupun dipersekitaran luar rumah yang lebih menarik perhatian anak-anak.

Tapi kalau anak masih tak nak jugak makan, dah buat macam- macam, ini mungkin petanda anak kurang nutrisi. Ada sesetengah vitamin yang memang berfungsi untuk kawal selera makan anak.

Bila vitamin dan zat tu takda, anak pun kurang selera. Antara zat dan vitamin tu termasuk lah:
Vitamin B Complex
Fosforus
Zat Besi
Zinc


Mealshake sesuai untuk anak setahun ke atas sahaja sebab ada beberapa mineral dan nutrien yang menyebabkan buah pinggang mereka terbeban seperti protein, garam, fosforus dan kalium berlebihan.

Lagipun jangan risau lah anak bawah setahun belum makan, diorang sedang dalam fasa perubahan. 


Apakah Meal Shakes?

Meal Shakes Shaklee adalah sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Adakah anak saya perlukan Meal Shakes? Kenapa tidak? Daripada beri mereka minuman yang tinggi kandungan gula, empty calorie dan sebagainya, lebih baik beri yang terbukti bagus untuk kesihatan (Ujian Klinikal yang dibuat ke atasnya).

Tapi Meal Shakes bukan pengganti makanan tau, ia hanya nak supplement kan zat dan vitamin yang kekurangan dalam badan anak.




Kalau nak order Meal Shake, boleh hubungi saya 
🙋 Aishah Nasir
☎ 0196973268

Thursday, 21 August 2014

Budak baru belajar cekak musang

Assalammualaikum..

Aduhai... Dah berkali-kali potong leher cekak musang ni. Yang sakit hatinya.. Sebelum-sebelum ni potong dah betul kiraannya. Dekat leher cekak musang pun dah betul kiraannya. Apa yang silapnya pun tak tahula..

Setiap kali sebelum nak potong leher cekak musang. Ambil mood, ambil semangat. Dah potong leher tu, cakap dalam hati. "Okay, simpan pola. Kalau jadi ni boleh guna lagi untuk next projek"

Bila dah sampai nak smbung dekat baju.. Alamak kurang panjang pulak. Kalau terpanjang boleh sorok dekat dalam kan. Hahaha. ni yang terjadi semalam selepas dua kali percubaan. tula selalu memang beli kain lebih. Akan terjadi tak cukup kain. Hahahaha..

Baju kenit ayish.

Nilah dia. Terlebih panjang. tak pe baru belajar. hahaha sedapkan hati.. Boleh cuba lagi lain kali, bagi praktis lagi. Banyak-banyak kali buat, nanti pandaila kan..

Tuesday, 19 August 2014

Kebaikkan & kelebihan Shaklee #SHAKLEE.EFFECT

Asslamualaikum,

Okay hari ni nak cerita panjang lebar shaklee effect dekat diri sendiri & keluarga. Kalau nak cakap effect shaklee, makan suplemen asas je. Banyak dah effect yang saya dapat. Berkenalan dengan shaklee aewakty penyusuan anak kedua. memang masa tu hampir-hampir give up nak teruskan menyusu dan mengepam. Sebabnya susu memang, bila pam-pam 2-3oz je sehari. ya Allah memang sedih sangat time tu. Dah tengok susu berkurangan emosi pun terganggu.

Masa tu berfikir, "boleh ke ni nak teruskan menyusu sampai 2 tahun" Tapi nak menyusukan anak kedua ni, semangat dia berkobar-kobar sangat. Mana taknya bila tengok baby gebu, bulat, bambam, mantap. Haish semua lah yangcomel-comel bayi debab ni.. Semangat berkobar-kobar ni jugaklah berkenalan dengan shaklee. Ni pun ambil suplemen asas je.. Vitamin-C, Vita-Lea, Alfalfa & B.complex. Alhamdulilah effectnya nampak dalam 2 minggu. Tiap kali pam akan dapat 10oz. Allahuakbar! kuasa Allah.. kalau niat dah betul pasti Allah akan bantu, dengan usaha jugak kan. Alhamdulilah sangat-sangat dapat menyusukan anak kedua ni sampai 2 tahun. Jimat susu tepung untuk 2 tahun.

Effect shaklee ni bukan setakat susu berkualiti & boleh dikatakan melimpah jugak lah peti ais tu buat stok susu. Selain tu, suplemen shaklee asas shaklee ni juga boleh mengurangkan resdung jugak. Disebabkab saya ada sejarah family resdung. Jadi, sedar tak sedar, tiap-tiap pagi yang selalu saya alami bersin dipagi hari berlarutan sampailah ke opis. Memang hidung pun asyik mengalir je. Mata merah sebab tahan gatal resdung. Orang yang ada resdung je boleh tahu macam mana peritnya dapat resdung ni. Pangtang hujan, pantang habuk, pantang kemas rumah Asyikla bersin-bersin. Sampai kalau dah teruk sangat akan demam & sakit kepala. Memang tak sedar langsung resdung dah tiada




Apa yang saya nampak dari mengamalkan shaklee ni, dah tak ambil Medical leave lagi. kalau tidak tiap-tiap bulan mesti wajib ambil. Sekarang ni alhamdulilah, diberikan kesihatan yang lebih baik dari Allah dengan mengamalkan suplemen shaklee. Dan lagi-lagi perempuan ni tak lari dari period painkan. saya pun macam tu jugak. Akan jadi pasif & kurang bermaya nak bergerak. Dengan cramp nye lagi. Dengan sakit pinggang nye lagi.. Tulah semua ni dari suplemen asas je.

Dari suplemen asas ni jugak, effectnya kulit dah tak lagi tumbuh jerawat. licin & berseri je. Kalau tengok orang yang amek suplemen kita tahu muka dia macam mana. Sebab seri dia tu lain macam. Hahaha... yeke. in Shaa Allah boleh nampak kelainanlah. Sebelum dan selepas penggunaan... Yeeeaaaahhhaaa! ! resdung dengan jerawat memang tak dapat dipisahkan. Sekarang ni dah tiada lagi. kalau nak tumbuh pun jerawat nasi je.. memang bersyukur dipertemukan dengan shaklee. Memang jatuh cinta habislah..

Hai banyaknya nak cerita. memang banyak pun dengan effect 4 jenis suplemen tau. Kalau alfalfa ni orang cakap perepuan memang suka alfalfa. Dari pengalaman sayalah, Kulit kita boleh jadi anjal, detox suplemen yang paling mujarab, penghapus senggugut. Jangan tak tahu alfalfa ni bertindak sebagai PERAPAT tau.. Haa bagi yang dah cuba tu mesti tak akan miss ambil alfalfa ni.

Sekarang ni nak tunggu effect dari cinch cshake mix shaklee pulak. Tak sabar nak tengok result. Kalau dapat turun 4 kg ni wehhoooooo.. Hanya dengan suplemen asas + Cinch shaklee pun dapat turunkan KG jugak.


Siapa yang dah alami #SHAKLEE.EFFECT meh share kat ruang komen okay.. Semoga Allah memurahkan rezeki kalian yang berkongsi #SHAKLEE.EFFECT

Monday, 18 August 2014

Hasil kerja tangan yang tak seberapa - Jubah Princess cut & tudung ala-ala koshibo

Assalamualaikum semua..

Malam-malam gini, mencurah-curah pulak idea nak menaip di belog. Heeeee.

Saya minat menjahit dari mak saya. Yang tukang jahit baju kurung. Alhamdulilah ilmu dari mak lah yang paling berkat.. Ingat lagi masa awal-awal nak menjahit. Siap kau kena marah. Nak minta ajarkan jahit rumah butang pun kena marah tau. Last-last asyik kena marah je give-up.. So nak menjahit pun bila time nak raya je. Jahit baju sendiri. Dulu-dulu time belum ada ni. Tak berapa nak rajin menjahit.

Sejak dah ada anak ni. Lagi-lagi anak perempuan, semua gown, dress, t-shirt segala macamlah nak buat sendiri. Bila buat sendiri rasa puahati tu.. Waaaahh memang speechless lah. Tengok anak-anak pakai lagilah. Yang kakak pulak bila nak start enjin mesin je, siap tanya, ni baju siapa untuk siapa. Kalau kata dia pumya, tersengih jeee. Suka benaa pakai baju baru..

Bila orang tanya," Baju raya dah beli ke?"

Dia jawab "Mana ada beli, Mummy jahit"

Yelah agaknya mummy nya asyik buat baju je. Nak jugak dia merasa yang dah siap kat kedai. Kekadang tengok harga baju budak-budak sekarang dah sama harga dengan baju orang tua (dewasa lah tu)..
Kalau tengok blause ke, skirt ke, gown ke.. saya belek-belek baju tu. Lepas tu TING!! dapat dah idea nak buat. Hehehehe

Bila kita buat baju sendiri ni bila pakai. Orang tanya cantik baju. "beli mana?".  "Eh tak beli jahit sendiri je" Bila kita cakap jahit sendiri, dengan automatik jugak lah orang nak menempah ngan kita. Mula-mula tu memang tak nak ambil upah jahit baju orang. Takut tak selesa. kang terkecik kang. Habis aku! Tapi dah lama-lama menjahit baju anak, baju mak mentua, baju suami, baju sendiri, baju adik-beradik. haaa sekarang ni ambil tempahan baju mak cik-mak cik ku pulak. Alhamdulilah mereka sukaa! ! yeay. lepas ni boleh ambil order lagi. Yang latest ni, tempahan dari kawan sekolej adik. Skirt senang jahit. jadi ambil je tempahan jahit skirt. Lepas tu 2 helai jubah & sehelai tudung koshibo. Yang ni bukan kain koshibo. Kain thick chiffon 60".. memang sejuk je kain nya. Sebab kain koshibo tak banyak warna. So ni lah pilihan mereka..





Kalau nak menempah boleh saje.

Sms/Whatsapp 0196973238


Mencari rezeki dengan shaklee & rezeki yang diberkati.

Assalamualaikum pembaca. Terima kasih sudi melawat rumah saya yang masih baru lagi. Tiada langsir, Tiada peabot cantik lagi. Aiceh... Hehehe..

Bercerita pasal mencari keberkatan dalam mencari rezeki ni memang sangat-sangatlah baiknya. sebabnya lebih banyak rezeki yang kta dapat, lebih lagi la kita dapat menyumbangkannya. Duit kita dalam dompet ni bukan semetinya milik kita kan...

Kenapa saya cakap rezeki bersama shaklee lebih berkat? Rezeki lain tak berkat ke? Ni dari pandangan peribadi saya, tiada kena mengena dengan orang yang terlibat dengan biz selain shaklee. Harap-harap tidakla menyinggung mana-mana individu.. Leaders shaklee yang dah berjaya, mereka tidak hanya goyang kaki. Mereka sanggup berhempas pulas mengajar anak-anak, cucu-cicit bawahnya, pergi sampai jelajah malaysia la jugak, hanya nak mengajar new distributor macam saya ni. Saya salute lah dengan master leaders shaklee.. Sebab rezeki yang lebih berkat dengan berkongsi ilmu yang kita dah lalui dalam biz shaklee ni. Nak usaha yang lebih berkat mesti lah dengan usaha yang setimpalkan. Baru dapat keberkatan & kemewahan dijalan Allah SWT. Nak Bonus yang lebih mestilah ada KEBERKATAN..



Selain tu, nak lebih berkat lagi, bersedakah dengan hati yang terbuka. Tidak boleh dingat-ingat apa yang kita sedekahkan. Itu dari cara sayalah. Dah sedekah ni, kekadang mesti teringat-ingatkan. Jangan jangan jangan. Kekadang yang teringat-ingat tulah yang beri lebih rezeki.


Dalam biz shaklee ni saya banyak diberi tunjuk ajar nak lebih berkat mencari rezeki dalam biz. Contohnya, rajin berzikir, rajin solat dhuha, rajin tahjud malam, rajin bersedekah. Biz shaklee ni ada master checklist jugak tau. Macam mana nak naik ranking. Ni semua berkenaan rohaniah kita kepada Allah. Dalam shaklee ni juga mengajar saya, jangan sekali je berdoa minta macam-macam. Kena rajin rajin rajin bersolat & berdoa minta pada Allah supaya biz kita ni maju, ramai orang mempercayai shaklee dan terus membelinya dari kita sebagai distributor. Haaa bestkan..



Teringat dari kawan sekerja ofis ni. Dia cakap kalau boleh nak bekerja di bawah orang islam. Dengan sesama islam duit gaji yang kita dapat tu, Harap-harap bukan dari duit yang bukan-bukankan. Wallahua'alam masing-masing ada prinsip sendirikan. Tapi dengan biz shaklee ni, saya lebih nampak rezeki saya tujukan. saya buat biz ni sebab apa:-


  1. Nak habiskan hutang belajar
  2. Nak bantu mak ayah, adik-adik
  3. Nak langsaikan segala macam hutang piutang
  4. Nak simpan duit untuk anak-anak
  5. Nak bantu suami
  6. Nak memberi keselesaan kepada anak-anak dalam menimba ilmu
  7. Nak melancong tanpa habiskan duit gaji (sebab shaklee taja pegi melancong)
Banyaknya..... Jangan fikir banyak yang belum tercapai. Fikirkan Kita boleh mencapainya satu hari nanti dengan usaha keras kita. Saya suka biz shaklee..

Bagi yang mushkil dengan shaklee. yang sekarang ni peperangan di gaza.. Adakah shaklee terlibat. Jom saksikan video CEO Shaklee Mr. Roger Barnett tentang isu ini. klik link bawah eh.


Anda??? nak join jadi shaklee member?? join hari ini. Hanya RM75.00 sahaja keahlian untuk seumur hidup. Tiada yuran tahunan tau. RM75.00 sekali bayar je. Hubungi saya seperti nombor dibawah..


Thursday, 14 August 2014

Pola Kimono

Assamaua'laikum.

Hari ni nak sharing satu lagi pola. pola kimono namanya. Sebab apa, sebab memang nampak macam kimono orang jepun. tapi cardigan.. Hehehe.. Saya pun teringin nak membuat nya. Tapi tunggulah, siapkan baju orang yang tengah berderet-deret tu. Nanti nak buat saya share tutorial versi saya pulak eh.

Senang je nak membuatnya. Saya fikir susah la bebenaaa. Okay meh tengok Pola nya.. Baru sktech. belum try lagi.. heeeee








Pastikan potong dua. 

Selamat Mencuba ! !



Tuesday, 12 August 2014

Ahli baru rumah kami...

Assalamualaikum...

Hadoi.... Pagi-pagi dah mengeluh.. Tak baik kan... Disebabkan anak-anak suka bena dengan kucing. kalau dah keluar rumah tu, tak nak masuk dah. Asyik la dok belai kucing kat luar. Tanya bapaknya nak bela tak kucing. Anak-anak suka bebenar dengan kucing kat luar tu..

Sebelum nak bela kucing betul, saya belikan anak-anak kucing mainan. Asyik mengiau je. Selagi betri tak habis. Hmmmmmm pening dengan kucing mainan.. Kucing mainan bermata biru milik mia. Sekarang dah jahanam. hiks

Mainan mia. buakn meow tau.. ;p


" Tak payahlah. kencing, berak dalam rumah siapa nak cuci. "
Itulah yang diberatkan. Tak payah susah-susah nak melayan kencing beraknya. Sekarang ni, bila dah bagi masuk rumah kucing ni, hari-hari dok mengiau kat lua nak masuk. Kita pun kesina lahai. bagi la cik kucing ni masuk. Cadang nak bela kucing jantan. kucing betina asyik beranak je. Kang anak-anak kucing pulak berderet-deret. Tak larat nak melayan kucing yang berderet-deret ni.. Tapi nak buat cemana, Allah dah bagi kucing ni masuk rumah. Bela la dengan sebaik mungkin. In Shaa Allah

Pagi tadi konon-konon nak mandikan kucing. siap dah sedia sebesen air campur dengan shampoo. Haaa nak jadi cerita, cik kucing melompat-lompat kesejukkan. Jadinya cik kucing dah macam tu, lupakan jelah nak mandikan. Kita buat cara lain pulak esok. Kalau Baby kucing boleh la tahan dengan dia punya kuku. Yang ni dah tua bangka. Boleh calar balar tangan dibuatnya.. Cuba-cuba la cari salon untuk cik kucing ni. Cik kucing baka kucing malaysia je. Tak ada bulu tebal. Kalau bulu tebal mahal nak groomingnya. Nasibalah cik kucing, kucing biasa. Harap-harap under bajet la..

Nila cik kucing yang biasa-biasa je bulunya. Hehe.

Dok mengendeng nak gigit baju orang yang di ngendeng. tak tahu la kenapa. Bila duduk sebelah je, mesti cari baju nak geget cik kucing ni.

Okay bermula operasi cik kucing. Ahli baru rumah Cik kucing belum diberi nama. Belum mandi. Bushuk.. Makanan pun belum yang betul-betul untuk makanan kucing. Kekadang kami beri dia ikan bergaul nasi. buat masa ni makan sahaja apa yang dihidang. Bertuah cik kucing.

Sunday, 10 August 2014

Vitamin-E & GLA complex

Salam Ogos 2014. jangan ketinggalan promosi bulan ni tau. Kebanyakkan wanita, semua tertunggu-tunggu ketibaan GLA complex ni buat promosi. Pasai apa. Sebab nak dapat harga yang paling murah la.
Beli 6 Dapat 7 botol. haaa hamik kau. JIMAT.BERBALOI.MURAH.. 3 Pakej lengkap dapat kalau beli pada bulan prmosi Ogos ni.

Okay nak cerita la perbezaan GLA complex dengan Vitamin-E ni. Kalau dah ambil Vitamin-E perlu ke ambil lagi GLA complex ni.?



Vitamin-E shaklee diperbuat daripada minyak soya organik. Nama pun dah organik jadi tiada campuran atau baja kimia okay. Juga mengandungi minyak biji gandum yang diperkaya vitamin-E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama & delta) Ianya adalah vitamin-E yang lengkap dipasaran.

Mengandungi 10mg selsenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin-E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah & tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksin semulajadi & juga anti-oksidan dan melindungi retina mata.

Untuk pengetahuan semua, sesiapa yang mengalami Jerawat yang teruk di ikuti dengan berminyak, Tidak disarankan mengambil dengan kerap. Sebabnya Vitamin-E ni, membolehkan jerawat membiak dengan jayanya. Disarankan berkonsultansi dulu dengan pengedar anda, jika mengalami masalah seperti ini selepas menggunakan produk vitamin-E sahklee..



GLA adalah singkatan GLA (Gamma Linolenic Acid), iaitu yang merupakan sejenis Asid Lemak Perlu (Essential Fatty Acid (EFA)). “PERLU” bermaksud, badan kita tidak boleh menghasilkannya, dan kita perlu dapatkan sumber tersebut daripada makanan harian.

Di dalam tubuh kita, asid gamma linolenik ini akan digunakan untuk menghasilkan prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti radang, anti pembekuan darah di samping turut membantu menstabilkan tekanan darah.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Sumber GLA terhebat mengandungi 540mg GLA. Shaklee tidak menggunakan Evening Primrose Oil (EPO) sebaliknya menggunakan Borage Oil dari bunga borage. Kandungan GLA dalam minyak benih borage (borage seed oil) adalah 2 kali ganda dari EPO. Borage juga 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan berbanding EPO.

Mari kita baca kebaikan GLA Complex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik

Haaa dah tahukan kandungan 2 Suplemen ni. Jadi, pilihan ditangan anda... ingin lebih informasi & konsultansi PERCUMA hubungi saya ya..


Tuesday, 5 August 2014

FEEDBACK pengguna yang dah mencuba CINCH SHAKE Shaklee










Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Sms/Whatsapp : 019 697 3238

Cinch Shake Mix Shaklee yang mengenyangkan.

Kalau google tu banyak nya lahai orang yang dah try cinch shake mix shaklee ni. Kebanyakkan yang bagi testimoni semua kata bagus.. Satu hari teringin nak cuba cinch shake ni. Saya beli yang perisa lattee. Kalau beli yang coklat atau Vanilla takot tak boleh nak minum pulak. Biasala kalau orang yang tak minum susu tepung ni. Kekadang tepung soya pun tak boleh nak terima.

Kalau ada campur-campur sikit, Boleh la minum kan.  Apa yang bestnya cinch ni eh.. Sebab ramai yang bagi feedback kata cinch bagus, boleh turunkan berat badan. Dalam sebulan Boleh turun 4kg. haih macam tak percaya ye dak.. Apa kata cer try. Tapi sabar & konsisten KUNCI NYA.. Jangan tahi-tahi ayem ajer. 

Saya minum cinch time dinner. Sebab malas nak masak satu hal. Minum cinch dengan alfalfa memang rasa kenyang lah. Ni baru 2minggu konsisten dengan cinch berat pun tak timbang lagi. Kalau fanatik sangat nak turun badan, asyik2 timbang je. Lagi risau tengok nombor, kalau-kalau angka tu tak kurang.. hihihi



Apa yang ada dalam Cinch Shake mix ni:-

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO

 

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee

[✔] Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak

[✔] Membakar lemak yang tidak diingini

[✔] Mengurangkan inci yang tidak diingini

[✔] Makanan segera untuk mereka yang aktif

[✔] Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang

[✔] Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan

[✔] Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot

[✔] Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan

Cinch shake.

1 scoop dicampur dengan 250ml susu rendah lemak atau plain water. Guna shaker.
Untuk permulaan ambil sekali sehari sebagai meal replacement.nak biasakan badan dengan pengmbilan cinch shake sebagai meal replacement. Samada bfast,lunch atau dinner. Apabila habis 1 canister. Ambil 2 kali sehari.. kesan penurunan lagi cepat..ambil bfast-lunch, bfast-dinner atau lunch -dinner.

Pastikan sehari mesti minum air paling sikit 2 liter. Boleh minum air segelas setiap sejam

Sila kawal kalori pemakanan setiap hari. Ambil makanan berkhasiat. Elakkan makanan deep fry serta bergoreng.. Blh guna minyak zaitun sebagai ganti minyak masak utk menumis. 
Exercise secara berkala dan jangan lupa  berdoa kepada Allah untuk menunaikan hasrat dan impian kita


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Sms/Whatsapp : 019 697 3238

Masker VITA-C & VITA-E shaklee

Assalammualaikum semua. 

Dah cuba buat masker dengan produk shaklee ke belum?

Jangan tak tahu produk shaklee pun boleh buat masker tau. Yang dah cuba tu macam mana rasa muka.. Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana lah. Rasa kulit halus je. Muka pulak nampak bercahaya. hahahaha. Berseri je nampak.. Ada orang yang pernah buat masker dengan ALFALFA campur dengan ESP. Haa yang ni belum try lagi. Baru try buat pakai VITA-C & VITA-E..


Senang je nak buat masker pakai VITA-C & VITA-E.. Hancurkan 2 biji VITA-C ( tak kisah cara apa pun nak buat asalkan VITA-C jadi serbuk senang nak gaul dengan VITA-E). Lepas tu pecah kan 1 biji VITA-E shaklee campur air sikit. jangan banyak sangat nanti cair sangat tak boleh nak tepek kat muka. Saya buat pakai tidur. Esok bangun pagi tak yah cuci pakai pencuci. Cuci dengan air biasa je. Waalllaaahh ! ! Nak jimat senang aje. Hehehe Selamat mencuba

Sunday, 13 July 2014

Shaklee dah ada shopping online-(inilah peluang bagi yang Belum lagi register sebagai ahli)

BERITA GEMBIRA buat semua pengguna Shaklee!

Bagi sesiapa yang belum lagi mendaftar sebagai ahli, tapi nak jugak bershopping dengan sendirinya. Boleh la berbuat demikian sekrang ni.... kini, anda boleh mendapatkan produk Shaklee terus melalui eSell (shopping cart yang diwujudkan oleh Shaklee sendiri) dan pembayaran produk anda akan terus masuk ke akaun Shaklee. kini, anda berpeluang shopping produk Shaklee terus melalui online ala-ala Zalora. :)

dengan menggunakan medium ini, anda tidak perlu lagi menghubungi pengedar dan boleh membuat pembelian terus secara online. walau bagaimanapun, saya akan menghubungi anda untuk memberikan cara makan dan guidelines. Pembayaran juga adalah menggunakan secured payment method dan pihak Shaklee sendiri yang akan mengeposkan produk anda terus kepada anda! kini, anda juga boleh membuat pembayaran menggunakan debit atau credit cards tanpa dikenakan sebarang caj tambahan. 

Berikut saya ceritakan mengenai cara-cara membuat pesanan dan pembayaran secara online menggunakan eSell. Sebaik sahaja anda CLICK button "order here" di akhir semua entry saya, anda akan terus di hubungkan dengan laman eSell ini.

click to order & pay online
Setelah anda KLIK pada pilihan anda, anda akan dibawa ke link yang lain untuk beli vitamin shaklee secara online dengan eSell. Sekiranya anda ingin membeli, sila klik Agree dan Next

click to enlarge

Sila Pilih dan Klik pada barangan yang anda inginkan

click to enlarge 

Seterusnya isi maklumat anda Nama, E-mail, No. tel, dan Alamat untuk penghantaran produk.

click to enlarge

click to enlarge
Jika semua maklumat tepat sila klik “Proceed for Payment” untuk membuat pembayaran.

“Freight Charges” adalah “Kos Penghantaran” atau postage yang dikenakan.

Semenanjung Malaysia, kos penghantaran adalah RM10.00
Sabah dan Sarawak, kos pengantaran adalah RM20.00
Barangan yang bernilai RM800.00 ke atas dan setiap pembelian apa-apa amaun bersama – sama dengan sekurang-kurangnya sebotol Vivix kos penghantaran adalah PERCUMA 

Pembelian Online eSell hanya boleh dilakukan dengan menggunakan Kad Kredit / Debit sahaja. Semua bank boleh, asalkan debit or credit card.

click to enlarge

 1) Sila Klik dibahagian “Credit Card/Debit card”

2) Pilih Jenis Kad “Visa/Master”

3) Nama Pemegang Kad

4) 16 digit No. Kad yang berada di depan kad anda.

5) Tarikh Luput

6) Kod Keselamatan (3 digit yang berada di belakang kad)

Bila sudah selesai, sila klik Confirm Payment


Security code akan dihantar ke telefon anda dan cuma valid untuk 4 minit sahaja


Apabila selesai pembayaran, eSell akan memberi “order receipt” kepada anda. Anda boleh print maklumat yang terdapat di situ seperti nama, alamat, no.hp, belian dan lain – lain.


KINI, pembelian anda lebih MUDAH, CEPAT dan lebih SELAMAT melalui transaction online menggunakan debit card ataupun credit card. 

Sebarang permasalahan, anda boleh hubungi saya: 

FB PAGE: Aishah Nasir

Sms/Whatsapp : 019 697 3238