Pages

Thursday, 21 August 2014

Budak baru belajar cekak musang

Assalammualaikum..

Aduhai... Dah berkali-kali potong leher cekak musang ni. Yang sakit hatinya.. Sebelum-sebelum ni potong dah betul kiraannya. Dekat leher cekak musang pun dah betul kiraannya. Apa yang silapnya pun tak tahula..

Setiap kali sebelum nak potong leher cekak musang. Ambil mood, ambil semangat. Dah potong leher tu, cakap dalam hati. "Okay, simpan pola. Kalau jadi ni boleh guna lagi untuk next projek"

Bila dah sampai nak smbung dekat baju.. Alamak kurang panjang pulak. Kalau terpanjang boleh sorok dekat dalam kan. Hahaha. ni yang terjadi semalam selepas dua kali percubaan. tula selalu memang beli kain lebih. Akan terjadi tak cukup kain. Hahahaha..

Baju kenit ayish.

Nilah dia. Terlebih panjang. tak pe baru belajar. hahaha sedapkan hati.. Boleh cuba lagi lain kali, bagi praktis lagi. Banyak-banyak kali buat, nanti pandaila kan..

No comments: