Pages

Tuesday, 14 July 2015

Rekod HB cantik dengan Shaklee!

Assalamualaikum.. Hai la semua. Selamat menyambut ramadhan & selamat hari raya maaf zahir & batin. Lambat naaa ucapkan. hehe biasa busy menjahit, memasak, Melayan anak-anak dan suami. lagi-lagi tengah memboyot ni. Puasa-puasa ni mood menaip diblog kureng sikit.

Tapi hari ni nak share pasal HB orang mengandung ni. Dua kali mengandung tak pernah-pernah dapat HB cantik tau tak. Masuk je trimester ke-3 HB mesti drop punya. Dua-dua kali mengandung semua camtu. Sebelum ni memang tak kenal shaklee. Nak makan vitamin klinik, dulu ragu-ragu. Sebab mak kata makan vitamin anak beso. Haih.. Akhirnya drop la HB kita ni. Tapi sugar test memang cun. Nurse pun kagum jugak. Anak 1st dulu naik berat badan memang mendadak gila. Dari 45kg ke 70kg last timbang masa nak masuk labor room. Hamek kau! Berapa kilo naik tu. Anak 2nd pun gitu jugak. dari 56kg ke 72kg. Semua masuk dalam angka 7. Kenapa anak kedua berat badan naik ye. Hehehe. Masa kahwin dulu berat tak normal. Rangka je ko. Nak carik seluar ke baju memang susah. Keding sangat. Anak 2nd tu yang best. Dapat berat ideal, sihat, cantik & gebu gebas. Sebabnya start consume shaklee. Anak 2nd memang fully breastfeed. Jadinya berat badan maintain je la 56kg - 57kg

Anak yang ke-3 ni, sekarang dah masuk trimster ke-3. Alhamdulilah HB mak cun dik! Belum lagi drop. Bukak buku merah masa 15weeks, Berat 65kg. Jangan tanyalah kenapa ya! hahaha Tapi yang tak faham nya kenapa kena minum air gula 2kali nih. Aduhai. Sejarah mak aku memang lah ada kencing manis. Tapi anak perempuan dia alhamdulilah tak da yang ikut lagi. Ni lepas raya nak kena minum lagi. Tabahlah wahai baby. Okay berbalik kat HB tu meh aku tunjuk result dia..


HB, berat badan naik ikut standart la. Hehehe. Patutlah mak buyung ni tak rasa penat. Mana tak nya kekonon bulan puasa ni tak nak menjahit. Last-last menjahit jugak.Mood menjahit tu asyik datang je. Sebab tak rasa penat pun satu hal jugak lah kot naa. Nurse ada bagi vitamin klinik, tapi memang tak ambil pun. Bukan tak percaya vitamin klinik. Tapi takut ambil dah dapat 1 pembaziran. Dah consume shaklee. Tak pa lah bagi orang lain pi ambik la kan. Apa yang saya consume ngandung kali ni ialah:- ESP shaklee tu pun skip-skip ambik. Sebabnya perut ni nak makan nasi jugak. So bila dah kenyang nasi, Tak tertelan pula tekak ni. Perut kenyang masa sahur.. Hehehe. Lepas tu ada ambik Vita-lea untuk maintain kan HB. Vita-C plus untuk kulit kusam. Yelah orang ngandung ni sentiasa nampak kusam je kan. So kali ni ambik vita-C. Selain membantu kulit berseri. Sambil-sambil tu alahan resdung pun kurang. Tak da lah bersin-bersin pepagi sampai terkencing-kencing. Al-maklumlah ibu hamil, pundi kencing dah loose sikit :O

Nak dapatkan suplemen shaklee? Boleh je contact saya di whatsapp 0193618318 ^_^

Sunday, 5 July 2015

Tutorial Kurta kanak-kanak

Nak dekat raya dah ni. Kebanyakkan saiz pun dah tak de kan. Okay ibu-ibu meh saya share tutorial 2jam memotong serta menjahit kurta kanak-kanak. Jangan risau konfem menjadi punya baju raya anak tahun ni. Senang sangat cara ni.


















Seluar kanak-kanak cara mudah & senang



Wednesday, 1 July 2015

Snap button READY STOCK!

Marila merembat SNAP BUTTON ni.. Kat sini susah betul ek nak cari snap button ni.

Kalau susah meh order dengan kami. Ready stock ada 3 color ajer. kalau nak request color lain. Boleh la kami open Pre-order ye.
YANG PAYUNG TU ADA 200PCS. YANG KECIK 2 TU 100PC EACH.
GAMBAR KAT ATAS TU CARA DIA BERPASANGAN EH.

YANG NI AVAILABLE YA.. DETAIL ORDER SILA HUBUNGI KAMI DI NOMBOR TERTERA



Tuesday, 30 June 2015

Kisah Vacum Cleaners

Al-kisah bermula............

Disebabkan aku ni alah bebenar dengan habuk. Kalau nak memebersih rumah tu kena ada assistant. Haahaahaa. Sebabnya kalau lap kipas ke, sapu sawang-sawang kat siling atas tu memang la tak boleh nak buat. Kalau buat jugak memang cari penyakit.

Pakai lah macam ninja sekali pun. dah nama pun ada resdung, konfirm 1 hari asyik lah bersin saje.. Disebabkan rumah flat lagi-lagi yang kat bawah ni. Habuk dia MasyAllah. Tak jengat okay. nak membersih habuk hari-hari memang tak larat. kalau menyapu hari-hari tu memang dah wajib lah.

Hari tu, mata dah tak larat nak tengok habuk dah. Pinjam lah mak mertua punya vacum. Alhamdulilah ada vacum. Penyelamat ku. Tapi disebabkan lama naa dia tak guna. Semua spare part dah hilang. huhuhu. Nak tak nak laki aku tu, tau-tau jelah. Dia buat jugak. Habislah dok usung body vacum dengan leher die je. Kepala dah hilang hahahah. Dia tu asal habuk hilang, rumah bersih. Dan kan aje.

Hari ni jengok-jengok lazada.com.my wah wah wah wah wah. bling bling la mata aku ni. Sebab tengok harga dia yang super murah. Bawah RM100 je. Free shipping lagi.. Apa lagi rembatla satu. Dah murah kan. Mana nak dapat. Kalau tengok kat mudah pun, haish lagi murah kat lazada lah. BARU lagi hohokay..

Aku namakan "Vacum hadiah untuk suami" hahaha. Laki aku suka membersihkan rumah. Jadi dengan adanya vacum ni tak la dia susah payah lagi nak membersih habuk tinggi siling nun.


nilah dia. vacum yang murah tu. Kalau pergi kedai memang tak dapatlah harga ni. Even tak de jenama pun masih berbaloi pakai. Dulu ada beli Steam vacum yang berdiri tu. Jenama Omi Salav. Alhamdulilah guna cermat, tahan la lama. Anak aku yang 6tahun tu pun suka naa gosok baju pakai steam iron tu.

Mula-mula pakai memang kena tangan wap dia tu. Lelama dia dah pandai guna. Dah tau dah cara nya. Senang ada assistant gosok baju heehee

Tuesday, 16 June 2015

Baju Melayu Ayish

Ayish berbaju melayu buatan mommynya. ^___^


Sejak aku kecik lagi, memang mak jahitkan baju kurung. Sebab dulu kitorg ni tak lah berapa senang sangat. Adik-beradik pun ramai perempuan. Jadi mak pun belajar menjahit. Kalau ada minat memang semua jadiklah.

Sampailah aku dewasa pun, mak masih lagi menjahit baju kurung kami adik-beradik. Yang perempuan jelah. Kemahiran mak limited. Jahit baju kurung biasa je pro. hehehe. katanya susah nak faham belajar ni. Kalau jahit baju melayu lelaki pun, tang poket mak fail. hehehe. Dulu mana ada ternet, boleh tengok video bagai. kalau nak buat kena ada cikgu. Baru menjadi. Sekarang youtube, fb group menjahit, blog, eh macam-macamlah kita boleh dapat ilmu jahitan ni. nak dengan tak nak ajer.

Jadi sejak dah kahwin ni, dan beranak pinak. Tiap-tiap tahun lah menjahit. Aku pulak ganti mak. jahitkan baju kakak & adik beradik. Sebab minat menjahit. Jahit lah jugak walaupun tak da upah. Asah bakat menjahit dari buju-buju kakak & adik beradik. Baju mak pulak, dia hantar kat orang. Katanya aku jahit baju dia tak sedap. huhuhu, pasrah ajelah. Susah dapat orang yang cerewet ni kan. Dah pandai menjahit taulah, sedap pakai ke tidak baju tu.

Baju melayu suami pun aku jahit jugak. 1st time trial tu, tang poket memang bersegila. Tak bulat tang bucu dia. hehehe. Walaupun herot perot. Laki aku pakai jugak. hahaha. Dah ada anak. jahit baju anak pulak. buat gown lah, buat seluar tido lah. Baju raya tu memang wajib jahitlah. Anak perempuan, memang syok menjahitlah. Macam-macam fesyen aku jahit.

Ni dah ada anak buah lelaki. Asah bakat tang poket la menjahit. Alhamdulilah menjadi jugak bucu poket bulat hahaha..



Baju nye secomel orang nya jugak. kikiki







Cloth diaper made with love

Dalam proses train mia pakai cloth diapers waktu malam. Mia ni senang sangat bangun malam. haa senanglah nak train dia pakai cloth diapers.

Kekadang tu kalau dah siap-siap pakai pampers, malam mesti terjaga ke tandas. kekadang ajelah. kalau siang tu mia tido. Malam konfirm dia boleh bangun kencing.

Kenapa tak train kakak sekali. hahaha soalan yang bagus!. kakak ni penakut. kekadang kalau kita kejut pun. hadoi hai, payah dia nak bangun malam. Aku ni kekadang kesian tengok budak nak tido kita kacau kan. Esok nak sekolah. Takot tertodi dalam kelas pulak.

Kelmarin mia bangun malam sebab takot lipas merayap. Tau pulak dia lipas merayap kat dia. Apa lagi 1jam pujuk dia suruh masuk tido balik. Kesudahannya kakak pun terjaga. Alahai kesiannya. Subuh tu kejut dia bangun pun, liat jugak dia nak bangun. hai la mia. Kalau nangis tu tak ingat orang tido ke tidakkan..

Okay, alang-alang dah buat untuk mia. Kakak pun boleh pakai. Jimat pampes. Tak payah dah nak membeli lagi yang pakai buang punya.

Tapi part nak pasang snap button tu jenuh jugakla. Kena ada kekutan nak menekan pliers. kalau tak tekan kuat. Nanti dia tak lekat kat sebelah lagi.

Pasang siap-siap snap button sebelum menjahit keliling diapers. Kalau dah siap jahit baru nak pasang. Lagi nangis nanti. hehehe.



Nak tengok yang dah siap eh..


Jeng jeng dah siap..
yang ni pulak inserted dalam dia. penyerap kencing. Boleh basuh banyak kali. Pakai pun banyak kali jugak. Jmat jimat jimat

Malam ni tak boleh pakai lagi. tengah pre-wash inserted tu. Kalau tak pre-wash. Tak berapa nak serap pulak kang kencing tu.

Pliers, Snap button & fold-over elastic(FOE) ada dijual di sini 
LIKE FB PAGE ni. Gorjes-Wardrobe-By-Miara's

Whatsapp 019-361 8318

Monday, 15 June 2015

Saya Jual Foldover Elastic (FOE)

Weeehuuu..

Seronok barang dah sampai kat tangan.

Available 2 warna dulu. Hitam & jugak light grey. 2 ni memang ready stock.

Kalau nak warna pink ka, royal blue ka, hijau ka. meh whatsapp hakak ye di 019-3618318. Boleh jugak LIKE FB PAGE ni. Gorjes-Wardrobe-By-Miara's

READY STOCK ( UPDATE STOCK 16/6/2015)



PRE-ORDER RM3.00/M untuk warna-warna selain warna ready stock ya.
LIKE FB PAGE ni. Gorjes-Wardrobe-By-Miara's
Whatsapp 019-361 8318

Thursday, 11 June 2015

Displin Dalam diri

Zaman aku dulu masa sekolah rendah dalam tahun 1996 masa tu umur 10tahun rasanya. Mak dah start ajar buat kerja membersih rumah. Dulu ada along, aku je. Jadi 2 orang ni gilir-gilir tiap-tiap hari buat kerja rumah.

Katalah hari ni along kemas ruang depan. Kenalah sapu sampah, kemas barang yang bersepah & mop lantai. Aku pulak kemas ruang dapur. Macam basuh pinggan, kemas dapur gas & buang sampah. Lipat baju & basuh baju pun gilir-gilir buat. Mak memang tolong. Kalau kami ni adik beradk buat kerja separuh jalan dia tolong la. sambil tolong sambil kena marah.. hehehe Tiap-tiap hari kitorg gilir-gilir buat kerja rumah.

Kekadang ada juga cengkelatnya. Patutnya hari ni along basuh pinggan. Tapi malam tu dia tak basuh pulak. jadi yang jadi mangsa aku lah. nak membasuh pinggan yang berlambak tu. Masa aku 10tahun adik aku yang ke-3 baru 6tahun. Apalah budak 6tahun boleh tolong kan. Jadi kami dua orang ni lah yang tolong mak buat kerja rumah. Sampailah kitorg sekolah menengah rasanya. Lepas along masuk kolej matrikulasi adik aku yang nombor 4 ambil alih tugas. yang no.nor 3 tu malas buat kerja tau. Kena ambil 1 hari 1 malam baru dia gerak buat kerja.





Haaa sejak along, angah dah kahwin baru ni la yang nombor 3 tu buat kerja rumah. Tolong mak aku. Tapi dalam tolong dia tu, mak aku kena membebel dulu. Baru tangan kaki dia berjalan.

Nak dijadikan cerita.Last-last entry aku ada cerita pasal suami aku ada sindrom mengemas rumahkan. Ini semua didikan mak mentua aku. Disebabkan MIL ni ibu tunggal, jadi anak-anaklah tempat dia mengadu & dah jadi tanggungjawab dia nak mendisplinkan anak-nak dia yang 3 orang ni. yang sulung perempuang yang bongsu lelaki.

Tiap-tiap kali laki aku bercerita, Kalau tak kemas rumah bila ma balik. Siaplah 3beradik tu berbirat kena hanger dengan ma. Dulu pakai hanger pukul anak orang pun tak hirau. Sekarang tengok anak berbirat satu badan orang kecoh. Dulu budak-budak punya metal lain. Boleh terima hanger rotan bagai. Berbirat kat kaki tu dah biasa. Zaman 90-an lah.

Anak-anak aku ni ada perangai malas kutip barang. Apa taknya bapaknya membebel tapi bapaknya la tolong kutip. Mana lah anak nak takot dengan bapak. Puaslah di bising bapaknya. Baju, seluar spender semua masuk dalam bakul kat belakang. Sekali-sekala anak-anak aku tu buat jugak. yelah budak-budak, kekadang ada malasnya. Tapi laki aku cakap kalau tak cakap kat diorang suruh buat, diorang takkan buat. Semua tu dipanggil displin dekat rumah.

Lagi satu laki aku selalu sangat membebel kat anak dia. Bila minum air tu sila la tutup botolnya balik. Aku ni pun bior je botol tak bertutup. kikiki dari siap agaknya perangai tu. Aku ni pulak selalu mem'back-up' budak-budak ni pasal tutup botol tu. "ala botol kan banyak". Laki aku cakap "memanglah banyak. Tapi ni bukan soal botol banyak ke tidak. ni soal displin. lepas minum tutplah balik" haaa lepas tu mula cerita pasal dia kena hambat dengan MIL. Displin, displin, displin.





Nursing Cover paling senang jahit

Tutorial tak da. Sebab benda paling la senang dalam dunia jahitan nak menjahit ni. Barang yang diperlukan:-

Kain cotton 1 meter
Fish Bone tape 1/2 meter. ( fish bone ada 2 jenis. 1 silicon. 1 lagi jenis tape)
Ring bag 2 biji

Fish bone tape

Cotton 1 meter


Ring bag
Yang ni fish bone silicon. Kalau nak buat nursing kena pakai fish bone tape punya okay. ebery bodi



Boleh pergi Link ni untuk Tutorial bervideo

Jimat dah dan mudah. Cotton cari la yang murah-murah. kat nagoya pun ada baru RM3.80 1meter. Kalau nak cantik-cantik, kain sedap kat kamdar yang paling murah english cotton dia Rm8.90 je tau. Fish bone tu dalam rang Rm3.00-Rm4.00. Ring bag dalam Rm1.00-Rm2.00

Modal memang tak banyak pun. Tapi kenapa online shopper jual mahal-mahal. Diorang guna kain berkualiti. English cotton gred AA punya. 1meter yang rm20-rm30 tu..

Boleh Like page ni untuk Pre-order Nursing cover, cloth diapers, KAM snap pliers & jugak FOE (foldover Elastic) untuk yang tercari-cari piping cloth diapers

Wednesday, 10 June 2015

Ukur Baju Tahun Lepas... Bukan Pada Badan.

Ni la haa baju hubby. Semua nak jahit sendiri..
Disebabkan suamiku bukan seorang kaki jalan. Nak bawak pergi jalan TAR ke, Sungei Wang ke, Kenanga Mall ke. Jangan harap. Nak pergi baju raya sendiri pun tak okay. Susah bebenar nak ajak bukan kaki jalan, pergi shopping. Dia kaki lepak je. Jalan-jalan a big NO.

Memang boleh dikatakan tiap-tiap tahun memang jahit baju melayu suami sendiri termasuk diri sendiri & jugak anak-anak. Bukan tak nak beli. Boleh je beli. Tuan yang nak di ajak membeli tu yang tak ada. Jahit sendiri pun okay jugak kan. Boleh asah bakat menjahit. Mula-mula herot-perot. Lelama perfect la dia.

Nasib baikla suami aku ni tak cerewet bila sarung baju melayu. Tak kesah leher apa pun. Janji sedap pakai, muat kat badan & tak ketat. Tahun lepas buat cekak musang. Tukar angin la konon. lecehla nak cari butang nye lagi. Nak jahit nye memang fail la kan. Tahun ni buat leher teluk belanga je. Kata nak Balik Johor. hehehe.

Tapi yang aku frust menonggeng. Sambil suruh suami aku cuba baju tak siap lagi. kot kot kalau labuh tu boleh repair. Ni bukan takat labuh je. Habis satu baju kena tetas balik. Aduhaaiii

Ni la muka aku masa nak tetas balik tu. kahkahkah
Ayat yang keluar kat mulut aku. Masa suami try baju "Abang! kenapa abang dah kecik. Sambil ketawa terbahak-bahak." Sebab dalam kepala otak dah fikir kena tetas balik. Dari tang poket, lengan & pesak. Hampir 90% baju kena tetas. hahahahahaha

Ni la orang kata. Ukur baju bukan pada tuannya sendiri. Memula laki aku cakap dia timbang hari tu 125kg jer, dari 130kg tiap-tiap kali pergi timbang memang tak turun lah kg nye haaa. Aku! hurrrmmm yela tu. Buat muka tak caya je. Mana nak caya, Makan 2 kali tambah. Kalau masak kari, jangan cakaplah 2 pinggang penuh dah wajib!..

Itulah tak percaya. Aku ni pun dengan konfiden lah, pergi amek baju melayu tahun lepas ikut sebiji ukurannya. Masa potong tu lebih kan 1inci. Kalau kecik boleh la jahit sipi-sipi baju kan. Tapi hampeh.

Bila ukur badan suami............

SEBELUM (ukuran Baju tahun Lepas)
Bahu : 22inci
Dada: 54inci
lengan, labuh tetap sama la kan.

SEKARANG
Bahu: 18inci
Dada : 50inci

Wahhh bini kembang, laki mengecut pulak kan. Hahaha. Sebab jarang masak kat rumah pun iya jugak kot. Mak buyut ni, tak la rajin sangat nak masak. Ikut kudrat la jugak. Kalau tak penat masak je. Sebab tak tahan dengar dak Mia. "Mommy lapar la" adoi hati mak mana tak cair dengar anak lapar. Masak nasi, goreng telor pun jadi lah. Mia ni hari-hari kena makan nasi. baju raya dah siap jahit. Tak taula sempat pakai pagi raya ke idak.

Suami aku pun sama jugak. Pagi raya je sempat pakai. Lepas mak buyut kembali normal (dah bersalin nanti). Badan dia pun kembali gebu la.. . Harap-harap mak buyut pun muatla pakai baju raya. hehehe

Kenapa siap kan awal-awal. bukan apa. Kudrat orang ngandung ni swing-swing. Kang dah penat bangun sahur. Balik pulak nak masak untuk berbuka. Takot tak sempat pulak nak jahit baju. Tak mau la terkocoh-kocoh jahit baju. Herot-perot kang. Malu je nak pakai raya.

Kasi peluang kang mak buyut ni berpuasa dengan tenang tanpa rushing-rushing.. :)

Tuesday, 9 June 2015

Sleveless Dress untuk kakak

Minggu lepas jalan-jalan cari Bis Apple punya donut dekat subang parade tu. Hadoi puas menjelajah satu mall. Tak jumpa-jumpa jugak. Agaknya dah pindah la kot naa..

Sambil jalan-jalan cari donut, masuk la Reject Shop. Niat hati nak beli seluar jeans mia. Mia membesar dengan pesatnya. Hahaha.. Kot-kot terjumpa baju kakak pun ok dah ni kan. Nanti bulan puasa tak yah shopping lagi. Mak buyung dah sarat dah tu. Tak kuasa nak jalan, bawak budak-budak ni.

Kalau bapak dia ada, diorang punya drama berlari-lari, menangis cukupla. Kalau dengan aku ni, diorang sangat-sangatlah behave. Apa tak nya mak buyung ni cengih. Dalam kereta sepanjang perjalan pesan.

"Kalau kakak & adik lari-lari sana-sini, mommy tak kejar tau. Kakak tak nampak mommy, mommy hilang, tak jumpa lgi mommy daddy. Kalau kakak lari, adik pun ikot sekali tau. Faham tak?" Aku rasa ada 4-5kali asyik cakap benda ni kat kakak. Sebab adik ni, buat tak tau je. Bila kita cakap kat dia "Yela"

"Okay mommy. Faham... Berapa kali mommy nak cakap. Tadikan dah cakap. kakak tau lah"

Yelah budak-budak, Kalau dah bosan jalan-jalan buat perangailah kan. Then masa masuk dalam reject shop ternampak la dress comel tak da lengan ni. Setahu akulah, pernah beli dress tak de lengan ni sekali je. Tu pun masa kakak 2-3tahun gitu.

The tanya kakak "Kakak comel tak baju ni" sambil tunjuk baju dress yang tak de lengan a.k.a nampak ketiak. Aku je yang berkenan.

Kakak reply "Hish tak nak lah nampak ketiak"

" Alaaa comel la baju ni mommy berkenanlah. Boleh buat baju raya"

" Tak nak la. Cari la ada tangan. Malu la nak pakai "

Okay mommy faham kakak dah besar. Ya Allah senang dengar sungguh dia cakap macam tu. A big 'NO'
to baju nampak ketiak. Mommy yang geram tengok dress budak-budak ni. Tapi yang lawa & comel semua Sleveless.




Baru berangan nak cari english cotton buat dress ala-ala gamba tu. Nampaknya kakak tak da selera pun nak pakai. Gegurl mommy semua nak pakai yang sopan. Alhamdulilah..

Tapi yang buat peningnya. Cari seluar saiz mia. Pinggang je 27inci. Kalau ada pun pakai budak yang umur 7-8tahun punya. Labuh nya kemai. Sayang pulak kalau potong tu. Kakak nya pulak. Pinggang, alahai 18inci ajer. Ni pakai saiz budak umur berapa tahun pulak. last-last mommy give up. Sebab cari baju sorang-sorang.

Pergi dengan daddy la jawabnya.....................

Monday, 8 June 2015

Boleh ke Berpantang sendiri nanti..........

Tak nak pantang sendiri. nak mak jugak jaga..

Sebabnya, bukan tak boleh nak pantang sendiri. Kalau berpantang sendiri memang tak berdisplin. kalau mak yang jaga tu. 44hari la kau tak keluar rumah. Kalau keluar pun pergi klinik balik klinik jelah.

Masa anak 1st dulu. memang seksa mak jaga. Siang tak boleh tido. Malam dah masuk tido pukul 8 malam. Tapi memang tak boleh nak tido lah. Baby buat konsert. Nanti kang kol 5pagi baru lah nak lelap. Alih-alih mak dah jerit pukul 7pagi suruh bangun. Mandi.. haaaaa T_T tak lena tido dah suruh mandi pulak.

Baby syoklah. Dah mandi tido je kejenya. kang maghrib baru dia bangun nak main. Cuba bayangkan 44hari pukul 5 pagi baru tido. Pukul 7 dah bangun. Haaa Memang baby blues ler.

Alhamdulilah, baby tak berapa kuning. Nurse check kat rumah je. Tak de suruh pegi klinik amek darah ke apa. Tu bagusnya breastfeeeding ni. Yang lagi best dalam 2minggu je rahim dah kecut. Apa taknya memalam asal baby nangis je sumbat nenen. Dia bergayut lagi. Memang tak boleh nak buat simpan susu masa dalam pantang.

Mak jaga memang sangat-sangat tegas. Tiap-tiap hari lepas mandi mesti tunku perut. Lepas tu letak la param serbuk bagi kulit halus mulus, putih gebu balik. Param tu kena campur minyak panak sikit. Baru la kick panasnya. Orang dalam pantang badan kena selalu panas. Barulah tak de sakit urat nila habis berpantang ni. Jangan lupa pilis. yang letak kat dahi tu. pilis tu pun panas jugak. Kalau pening-pening letak pilis ni memang lega yooouu!

Kalau yang dalam gambar ni param dia tak berapa power. Kena letak minyak panas. Kalau nak cari yang color hitam. Fuuuhh baru power bila lumur kat badan
Tu cerita berpantang dengan mak. Masa anak 2nd berpantang dengan mak jugak. tapi half way je. Sebabnya dulu kakak ni suka gigit anak duit mak tu. Tak sanggup tengok la. Tiap-tiap hari kot ada kesan gigit kat badan anak dia. Aku pun ambik keputusan berpantang la rumah sendiri. Tinggal dalan 2minggu lebih je kot nak habis pantang masa tu. Dari anak orang lebam-lebam kena gigit. baik duduk rumah sendiri diam-diam kan.

2nd baby pun pengalaman pun tak la ada sangat. Masa mak mandikan baby pun, aku tak tengok pun. Baby bangun mak terus angkat pergi bilik air. Kita ni dia suruh pergi mandi. Katanya kang nurse datang awal kang, awak tu tak mandi lagi. Kita pun terkial-kial lah pergi mandi. Air herba semua mak dah tuang dalam besen besar. Syok ooo pagi-pagi mandi air herba yang suam-suam. memang seronok kalau mak jaga.

Alhamdulilah kudrat dia kuat lagi. Semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dan kuat tubuh badan nak jaga anak angah yang ke-3 ni.. Amin........

Friday, 5 June 2015

Cloth diaper Tutorial

nila cloth diaper mia. Pinggang 27inci kau. Kalah mak sedara dia. hahaha
Boleh klik sini nak tau  POLA DIAPER

Boleh Klik sini juga untuk TUTORIAL

Aku ambik pola & tengok tutorial semua kat sini. kalu tak faham jugak tutorial bertulis korang boleh search youtube. Baru faham ye dak. Yang color hitam macam lis tu. namanya Fold Over Elastic (FOE)

Kalau korang nak aku ada buat Pre-order punya. Yang dah order last week with payment tengah belayar kat atas kapal. next week sampailah tu. sabar ya..

Kalau nak order boleh je pegi page ni tengok-tengok color apa korang berkenan >>> FOE untuk Diaper order di sini <<<

kalau nak cepat respon nya whatsapp je aku eh ke 019-361 8318

Kakak oh kakak!

Aduhai anak... hehehe tabah ye cikgu yang mengajar kanak-kanak dari kenali huruf , mengeja dan sampailah dapat membaca. Aku memang seorang yang tak penyabar. Kalau tak ikot cakap ada yang kena lempang. hehehe

Kalau aku yang mengajar kakak ni, tangan siap sedia hanger baju. Sebabnya budak-bidak selalu nyorokkan rotan. Nak sorok hanger baju takot bapaknya pulak menjerit. Orang nak sidai baju hanger ntah kemana pulakkan.

Minggu pertama cuti sekolah mengajar kakak math. Sebab dia lemah dalam tolakkan. Kalau buat math tu dian akan ingat semua subtract ada addition. Apa yang tak berangnya aku. tengok ujian math hari dapat 76 markah je. Adoiiii... Time nak ulangkaji, ada je alasan dia ngantoklah, penatlah, nak tengok tv la. Akhirnya tu je yg dapat.

Balik rumah bangga betul dia suruh aku tengok kertas ujian dia. Tengok BM wah! bagus 96. Jawi 90, Bahasa Arab 86, Math 76! BI 74!.. apakah ini. cemana ni.

"tulah mommy suruh ulangkaji kakak main je. tengok apa dah jadi". walaupun 2 paper je. Tapi aku punya kesabaran Allah je tau.

Dah pandai melaram. Nampak lipstick aku dalam beg. senyap-senyap je adik beradik ni pakai.


Esoknya apalagi. 1 week school break kena ulangkaji. BI & math. Mommy dah sedia homework untuk kakak. Yes! dia memang ada masalah dengan tolakkan. Nampak je nombor besar kat depan. contoh: 10-8
Dia akan buat " 10 kat otak 8 kat tangan" piap!! hanger hinggap kat tangan dia.

"ni tolak bukan tambah". sebenarnya dia tak tau pun apa tolak tu. Kalau tolak adik dia tau. haaaaa

"tolak ni makna nya kakak tutup jari. keluarkan 10 jari lepas tu, tutup lapan jari."

kakak macam tercengang. Tak faham la tu. memang konfius ni kakak ni. Sebab tu tak bergerak suruh tutup lapan jari. Lepas adegan merotan jari, lelama faham jugak dia. Sampai hilang suara la aku ni mengajar tolakkan kat kakak ni.

Tapi kalau dia membaca alhamdulilah, dah lancar jugak membaca. Kalau tengok tv tu dia dah boleh terus baca. Tak yah eja-eja dah. sekarang whatsapp or sms kena guna short form. Kalau tak abislah secret mommy dgn daddy bercinta dalam fon terbongkar. Hahaha bahaya-bahaya






Monday, 1 June 2015

Pelik-Pelik lah manusia ni!

Cepatnya masa berlalu...


Masa ngandung ni, cepatlah beralih bulan, cepatlah cukup bulan, cepatlah sikit nak beranak..

Copy paste bapanya okay. Kalau tengok sepupu-sepupu diorang pun, muka lebih kurang je. Baka nenek asmah kuat betul. 

Masa dapat baby pulak. cepatlah baby membesar dengan sihat. Senang mummy nak tidur lena. hahaha. Cepatlah baby jalan. Senang mummy tak payah bawak stroller bagai.

Bila mereka membesar dengan sihat & cerdik.... Oh masa tolonglah kembalikan mereka dimasa lampau.

Pelikkan. Ke aku je sorang yang pelik. Hahaha

Alhamdulilah mereka membesar dengan sihat dan cerdik. Kakak dah boleh buat kerja rumah sikit-sikit.

Macam gosok baju sekolah, uruskan mia sikit-sikit. Dan yang paling best nasuh baju dan angkat baju dah boleh suruh dah. basuh baju pakai mesin basuh eh. Tak de la tonyoh pakai tangan. Hahaha.

Tapi yang terlebih besar debab mia lah. Suami aku cakap. "Mia tak pernah tak cukup makan. Ada je rezeki untuk dia. Lain-lain anak lain-lain rezekinya".. betul jugak. Tengok badan la kan. hahaha

sangat behave tunggu makanan sampai. sampailah makanan serve atas meja. lepas makan memasing melawat kawasanlah.


Macam kakak dia lah orang paling senang bagi makan. tak de nasik pun tak kisah. bagi lah makan kek, donut, roti @ pizza. Gerenti tak cari nasik lagi. Hahaha

Ni akak kawasan lepas makan melawat pekerja. hehehe

Sunday, 31 May 2015

Clothes for the Family!

Yang ni baju mia. Kalau kakak yang pakai memang gedoboh. Sepatutnya boleh turun temurun baju jubah camni kan. Ni tidak, kakak boleh pakai adik punya.. 


Berbajetkan RM110 dapatlah 15meter dull satin. Belum lagi aksesori nak mencantikkan baju lagik.

Semalam je beli renda RM33.50. Renda bunga-bunga la mahai. Tapi nak cantik punya pasal, beli la jugak. Budak-budak ni aku belikan renda blink-blink. baru nampak ceria budak-budak. ye dak.. yang tak puas hati nya. Beli kat SS2 ni renda blink-blink RM9.90. Semalam beli kat PJ Old town baru RM5.50. Padahal kat Masih lagi dalam kawasan PJ tu.. Adoi hai. memang sakit hati bebeno la. Lepas ni Pergi PJ Old Town je.. Dapat tawar menawar lagi pulak tu. best kan

Baju anak-anak semua dah settle jahit. Cuma mak bapaknya nye je belum siap lagi. memang bercinta la nak mulakan potong baju melayu ni. Leceh nye tang leher. Sekarang ni dok berkira-kira nak buat fesyen apa pulak leher baju melayu suami ni... Kita google dulu la ye..

Lawak POYO!

Semalam memasing kelaparan. Apa taknya memasing malas nak keluar beli makanan.

Aku pun terlebih rajin lah ... keluarkan nugget nak goreng. Alih-alih tengok minyak masak habis daaa..

Kesudahan, letak la kat luar dulu. Kot-kot laki aku balik mintak dia tolong belikan minyak masak.

Bila dia balik, rutin harian dia macam biasalah. even aku dah basuh baju kasi clear kat belakang pun, dia masih lagi membasuh baju kerja dia. Haish. tengah dia kemas-kemas dapor dok tanya aku.

"yang ni keluarkan nugget nak buat apa?" Soalan apakah itu? hahaha

Aku pun apa lagi "Nak goreng nugget!... Minyak masak tak ada!.. hahaha"

"Apa ke poyo sangat ayang ni.. Tak yah poyo sangat boleh tak. Biar abg sorang je buat lawak poyo tu. Ayang tak sesuai la"

Okay lawak aku POYO! hahaha. alih-alih gelak jugak dengan lawak aku ni.. Aku pun nak la cuba buat lawak poyo ni.. hehehe


Ear Wax a.k.a taik telinga mengeras

Adakah sakit telinga ni turun temurun?

Aku pun tak dapat nak buktikkan.. hahaha. Apa tak nya. bapaknya pun sebelum ada anak ni, selalu sangat sakit telinga. Sampaikan satu hari tu, ambik injection la. Sebab teramat sakit katanya. Sakit yang macam mana pun wallahualam. Tak tau nak habaq cemana lah haih... Orang yang mengalami je yang tau.

Macam mana aku tak cakap, sakit telinga ni turun temurun. Sejak anak nya lahir, secara automatik bapaknya tak da lagi sakit telinga. kalau tak setahun sekali mesti wajib ambik injection. Kali ni berjangkit kat anak sulong dia pulak. mummy ni la, yang dok jadi doktor telinga. nak korek telinga dalam-dalam tu tak berani. Hanya letak ubat titis telinga je, yang doc bagi hari tu.

Lagi yang musykil lagi tu. Ada pulak biji angin bawah rahang tu. Adakah sebab kuman terjadinya biji angin tu? memang risau la kan. Lately ni, selalu sangat kakak ni sakit telinga. Bila nak tengok telinga dia tu pakai lampu telinga. Siap bagi warning lagi kat aku. 'Jangan korek eh' hahaha tau-tau jek niat mummy nak korek kan.

Dulu tak heran pun dengan benda ni. Sekarang hilang salah satu pick dia. mejajau carik :D


Silap hari bulan, boleh jadik sebelah tak dengar.. aku lagi fobia.!

Tunggu bapaknya balik. Baru pergi klinik. Risau tahap tertinggi dah ni..

Friday, 29 May 2015

Seronoknya menjahit Insta Shawl

Mak Yong malu tunjuk muka debab. hehehe.
Sekarang trend menjahit insta shawl. Ala-ala pinless la kekononnya. Hahaha. Aku pun tak terlepas nak mencuba menjahit. Tengok orang pakai lawo la pulakkan. Yang ni tudung ketiga, yang 1st dulu buat halfmoon. Tapi halfmoon blakang jadi pendek la pulak. Jadi tukar fesyen jadi ala-ala butterfly. Depan belakang labuh.

Senang nak buat. Senang jugak lah nak pakai. Hanya sarung je. yang ada alergik dengan pin tudung tu. Macam aku ni. Memang best sangat la memakai pinless shawl ni. Nak buat tutorial menjahit tu, tak reti sangatla. Tapi ni nak share apa yang ambil dekat group geng menjahit. Kalau korang nak alter kelabuhan tudung okay je. lagi satu, aku buat awning sekali. Comey la sikit tegak & tajam muncung depan tudung tu. hehehe Hakak ni nak breast feeding sonang, pakai labuh-labuh. terasa selamat dan orang tak tenung wanita-wanita yang tudung labuh ni lelama. In Shaa Allah. :)


Wednesday, 27 May 2015

Pembawakkan Budak

Alhamdulilah dah lepas trimster pertama. Tapi morning sickness tak hilang-hilang lagi. Sadis la. Pagi-pagi je muntah-muntahnya. Memuntahkan asid. Kekonon makan biskut boleh la hilang morning sickness tu. Huuuuu tak jugak. Mandi je kompom-kompom muntah. Baby kali ni morning sickness panjang la pulakkan.

Makan vitamin pun tak jalan jugak. Tapi masih amalkan sampai sekarang sebab tak nak HB drop. Kalau drop, dia punya letih hanya Allah je tahu.. :D Setakat ni alhamdulilah tak penah lagi bawah 10. Padahal baru 3 kali check-up. hahaha. Tapi yang paling tak boleh terima tu. Kali kedua check-up hari tu nurse suruh minum gula. Okaylah maybe sekali ni je. Awal-awal pregnancy. Bacaaan gula pun cantik. 4.7 je. Kali ketiga check-up hari tu, nurse kata kena lagi sekali minum gula.. What!! why!! yelah tak boleh terima. Masa anak 1st tu pahamla. Tak de history buku merah lagi. Masa anak kedua sekali je minum. Ni yang ketiga nak minum 2 kali. hadoila hai. Nurse cakap bukan masa terdekat ni. Kot-kot dalam kandungan 6-7 bulan nanti. dia bagi date untuk minum air gula. katanya risiko sangat tinggi kalau keluarga ada sejarah diabestis nih. huhuhu takkan sampai 2 kali minum... Bacaan cantik je. Masa 1st oreggy & 2nd preggy tak de masalah pun. Alhamdulilah la kan. Tak pe lah untuk anak dalam perot ni. mmy redha dengan segala nya. aiceehh

Morning sickness sampai ke laaa ni tak hilang. tapi apa yang bestnya tanda-tanda muka sembam tu tak ada!. Hohohoho.. adakah baby boiboiboi dalam perot ni. Masa ngandong dulu, dua-dua anak akan ada leher hitam macam daki. Tapi gosok, sental macam mana pun takkan hilang. Celah ketiak habisla hitam. Muka jangan cakaplah. hidung kembang tu dah wajib masa preggy anak yang 1st & 2nd. Kali ni preggy tanda pembawakkan tu tiada. tu yang syak macam boboi. Husband dah kepingin nak baby boi. hahaha.. Wallahualam la tanda-tanda daki tu memang tak de ke. Ke sebab amek vita-C shaklee ni. Dari dulu memang dos 4biji sehari. Sebab resdung menjadi-jadi sejak kawen ni. Kalau ambik Vita-C shaklee ni, reda lah sikit bersin-bersin pepagi.. Alergik minyak wangi lagiiii laaa. Sampai ke tengah hari bersin tak hilang. Leceh tau bersin-bersin ni, dah macam air terjun dah hidung ni. Kena sentiasa ada tisu kat tangan. Haish.

pinjam en.google pic ni. hehe


Konon-konon tak nak scan jantina. Nanti cukup 6bulan kena scan detail. tengoklah cemana. Doc nak bagitau ke tidak jantina baby. Surprisekan daddy lah ye baby

Tengok bby org dulu. kot-kot dapat mata biru ala-ala mat salleh. hahaha