Makan vitamin pun tak jalan jugak. Tapi masih amalkan sampai sekarang sebab tak nak HB drop. Kalau drop, dia punya letih hanya Allah je tahu.. :D Setakat ni alhamdulilah tak penah lagi bawah 10. Padahal baru 3 kali check-up. hahaha. Tapi yang paling tak boleh terima tu. Kali kedua check-up hari tu nurse suruh minum gula. Okaylah maybe sekali ni je. Awal-awal pregnancy. Bacaaan gula pun cantik. 4.7 je. Kali ketiga check-up hari tu, nurse kata kena lagi sekali minum gula.. What!! why!! yelah tak boleh terima. Masa anak 1st tu pahamla. Tak de history buku merah lagi. Masa anak kedua sekali je minum. Ni yang ketiga nak minum 2 kali. hadoila hai. Nurse cakap bukan masa terdekat ni. Kot-kot dalam kandungan 6-7 bulan nanti. dia bagi date untuk minum air gula. katanya risiko sangat tinggi kalau keluarga ada sejarah diabestis nih. huhuhu takkan sampai 2 kali minum... Bacaan cantik je. Masa 1st oreggy & 2nd preggy tak de masalah pun. Alhamdulilah la kan. Tak pe lah untuk anak dalam perot ni. mmy redha dengan segala nya. aiceehh
Morning sickness sampai ke laaa ni tak hilang. tapi apa yang bestnya tanda-tanda muka sembam tu tak ada!. Hohohoho.. adakah baby boiboiboi dalam perot ni. Masa ngandong dulu, dua-dua anak akan ada leher hitam macam daki. Tapi gosok, sental macam mana pun takkan hilang. Celah ketiak habisla hitam. Muka jangan cakaplah. hidung kembang tu dah wajib masa preggy anak yang 1st & 2nd. Kali ni preggy tanda pembawakkan tu tiada. tu yang syak macam boboi. Husband dah kepingin nak baby boi. hahaha.. Wallahualam la tanda-tanda daki tu memang tak de ke. Ke sebab amek vita-C shaklee ni. Dari dulu memang dos 4biji sehari. Sebab resdung menjadi-jadi sejak kawen ni. Kalau ambik Vita-C shaklee ni, reda lah sikit bersin-bersin pepagi.. Alergik minyak wangi lagiiii laaa. Sampai ke tengah hari bersin tak hilang. Leceh tau bersin-bersin ni, dah macam air terjun dah hidung ni. Kena sentiasa ada tisu kat tangan. Haish.
![]() |
pinjam en.google pic ni. hehe |
Konon-konon tak nak scan jantina. Nanti cukup 6bulan kena scan detail. tengoklah cemana. Doc nak bagitau ke tidak jantina baby. Surprisekan daddy lah ye baby
![]() |
Tengok bby org dulu. kot-kot dapat mata biru ala-ala mat salleh. hahaha |
No comments:
Post a Comment