Hari isnin macam biasa, daddy off day. Daddy off day keje. Mummy pulak off day memasak. Jadi daddy pun pergila tapau nasik dan pau. Al-kisah nya, terliur dengan bau pau, mummy pun mula la makan pau di ikuti anak-anak. Pau mummy habis sebiji. Kakak pun habis sebiji, then kakak makan pau lagi. yang mia tak habis-habis dari tadi. Semua orang dah habis pau. dia sorang struggle makan pau. Hahahaha. Kenapa aku kata struggle. Sebab mia ni kalau makan, masuk je mulut kunyah 2 3 kali terus telan. Desebabkan pau ni susah nak telan, kalau telan tercekik pulak kan. Jadinya slow giler dia mengunyah sampaila pau tu boleh ditelan. hahaha..
![]() |
Mia umur 2 tahun. Masa ni tengah breastfeeding lagi. Makan pun tak berapa nak sangat. Sekarang je, debab pam pam :) |
Aku pun tak tahan, terbahak-bahak gelakkan dak Mia ni. huhuhu.. budak suka makan. Kalau tak makan nasik 3kali sehari, mulut dia asyik nak makannnnnnnnn saje. ASyik-asyik kata "mummy mia lapa la" huhuhu. mummy pun dengan gagah nya bangun masakkan meggi. Selagi tak tidur tu selagi tu lah mintak makan..
Kakak paling senang makan. Kalau kita malas-malas nak masak nasik. Dia makan roti berkeping-keping pun kenyang. Kekadang seharian tu makan mee hoon pun dah okay. Selera mia ni aku nak layannn. Kalau buat spagettii mesti carik jugak nasik. Hadoii.. Kuat makan betul. Kalau kurang makan pun aku susah hati. Lebih makan pun susah hati. ni nak raya ni. Tengoklah punya payah nak cari seluar dak Mia ni. kalau susah nak cari memang kena jahit lah gamaknya.. T_T
![]() |
Shamira aka Kakak. Masa ni chubby lagi. Baru 4tahun. Bila dah sekolah, kurus melidi. |
No comments:
Post a Comment